PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankuasa parti yang sedang diadakan, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Beliau berkata penggunaan sistem e-undi bagi pemilihan parti yang bermula September lalu telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah teknikal berlaku ketika hari pertama pelaksanaan di Pulau Pinang dan Kedah namun ia telah diperkemas dan diatasi.
"Pemilihan di Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perlis telah berjalan dengan lancar seperti apa yang kita rancang. Cuma ada masalah berlaku di Melaka.
"Maka, tidak sama sekali untuk kembali menggunakan sistem manual. Keutamaan sekarang adalah memperkemas keutuhan sistem dan kalau adalah masalah teknikal, bahagian IT dan programmer akan bantu JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) untuk mengatasinya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan PKR kembali mengunakan sistem manual bagi pemilihan jawatankuasa parti itu berikutan masalah undi 'hilang' pada pemilihan parti di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan Ahad lalu.
Sebelum itu, Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini.
Saifuddin menjelaskan bahawa parti itu telah mengambil kira semua faktor ketika membuat keputusan melaksanakan e-undi bagi menggantikan kaedah pengundian secara manual.
"Kalau menggunakan sistem manual, ada anggota (PKR) buta huruf, kalau guna sistem e-undi ada (golongan) tidak biasa dengan penggunaan tab. Kita adalah masalah yang sama.
"Sehubungan itu, JPP telah bersiap sedia petugas bagi membantu anggota yang tidak biasa penggunaan tab (ketika e-undi). Sistem ini terbukti berjalan baik dan lancar di beberapa negeri," katanya.
Berhubung dakwaan jumlah pengundi parti bertambah secara mendadak di cabang Julau, Sarawak, Saifuddin menjelaskan bahawa bukan cabang itu sahaja malah jumlah anggota PKR telah meningkat secara mendadak di seluruh negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lalu.
Dari April 1999 hingga 9 Mei tahun ini, jumlah keanggotaan PKR adalah 550,000 namun ia telah bertambah kepada 842,271 sehingga 26 Jun lalu, iaitu peningkatan kira-kira 300,000 dalam tempoh sebulan setengah, katanya.
Ditanya sama adalah keputusan Melaka dan Negeri Sembilan akan dibatalkan, Saifuddin berkata JPP akan mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkara itu.
Beliau bekata Pengerusi JPP Datuk Rashid Din telah memaklumkan kepada beliau berhubung punca teknikal yang timbul ketika pemilihan parti di lima cabang di Melaka dan satu di Negeri Sembilan.
"Ketika anggota parti mengundi, kiraan tidak berlaku pada sesetengah undi... ada undi yang dihitung ada pula tidak dihitung.
"Mereka akan membuat bincang dan membuat keputusan. Namun ia tidak sampai tahap untuk membatalkan (pemilihan). Mereka masih berusaha mengenalpasti masalah teknikal itu. Namun, tiada time frame ditetapkan," katanya.
Bernama
Tue Oct 23 2018
Saifuddin menjelaskan bahawa parti itu telah mengambil kira semua faktor ketika membuat keputusan melaksanakan e-undi bagi menggantikan kaedah pengundian secara manual. - Gambar fail
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
PRN Melaka: Lakukan kaedah e-undi, amalkan penjarakan fizikal - Pakar
Penjarakan fizikal adalah kaedah utama yang perlu diberi keutamaan semasa berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Parti politik perlu kerjasama bentuk kerajaan stabil sehingga PRU15 - Penganalisis
Parti politik perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri dan membentuk satu kerajaan yang stabil sebelum PRU15 boleh diadakan.
COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.
Proses pemilihan PKR akan dikaji semula - Anwar
Ketua Umum PKR itu berkata, sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik.
Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.
E-undi PKR Julau: Suspek serangan siber ditahan di Lapangan Terbang Sibu
Suspek lelaki berbangsa Cina dan berusia 44 tahun itu ditangkap di Lapangan Terbang Sibu.
Fasa terakhir pemilihan PKR di Selangor hari ini
Enam cabang berkenaan adalah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat yang mempunyai lebih 61,000 anggota layak mengundi.
Pemilihan PKR: Pakar IT sahkan 2,000 undi hilang akibat capaian internet lemah
Penjelasan itu menjawab dakwaan sesetengah pihak ibarat 'menuduh' jawatankuasa itu menyorokkan dan memanipulasi data undi.
Sistem e-undi PKR kekal - Saifuddin
PKR akan kekal dengan sistem undian dalam talian (e-undi) walaupun terdapat beberapa masalah teknikal timbul ketika pemilihan jawatankuasa parti yang sedang diadakan.