awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem e-bidding nombor plat tangguh 1 Ogos

Bernama
Bernama
27/06/2018
23:07 MYT
Sistem e-bidding nombor plat tangguh 1 Ogos
Menurut Anthony sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah menawarkan perkhidmatan e-bidding pendaftaran khas itu secara percuma. - Gambar fail
Sistem e-bidding siri nombor pendaftaran khas MALAYSIA sempena sambutan Hari Kemerdekaan ditangguhkan ke 1 Ogos hingga 16 Ogos daripada perancangan asal 2 Julai hingga 16 Julai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penangguhan itu dibuat untuk membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguji sistem tersebut selain memastikan tiada isu teknikal berlaku apabila ia dilaksanakan.
"Ini adalah projek perintis yang diharap dapat dijalankan secara efektif selain menambah pendapatan negara," katanya, sambil menambah sistem e-bidding itu dijangka menarik lebih ramai pembida memandangkan proses itu lebih telus dan mudah.
Sebelum ini, Loke mengumumkan sistem bidaan nombor pendaftaran melibatkan 10,000 siri tawaran bermula 'Malaysia 1' sehingga 'Malaysia 9999' akan dibuka kepada awam mulai 2 hingga 16 Julai.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di sini pada Rabu, Loke berkata sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah menawarkan perkhidmatan e-bidding pendaftaran khas itu secara percuma sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat itu.
Menurutnya, syarikat berkenaan telah mengemukakan cadangan namun secara prinsip, persetujuan tertakluk kepada Kementerian Kewangan sebelum mengumumkan nama syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#bidaan
#ebidding
#hari kemerdekaan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#kabinet
#Kementerian Pengangkutan
#Malaysia
#MALAYSIA 1
#Malaysia 9999
#nombor pendaftaran
#syarikat
#Teknologi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan