awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem GST Malaysia antara terbaik dunia - KPMG

Bernama
Bernama
21/10/2014
00:53 MYT
Sistem GST Malaysia antara terbaik dunia - KPMG
...
Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia, kata Ketua Serantau Asia Pasifik, China KPMG, Lachlan Wolfers.
"Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat persiapan yang amat baik dan maklumat yang mereka sediakan untuk pembayar cukai adalah bertaraf dunia," katanya kepada media pada Sidang Kemuncak Cukai KPMG Malaysia 2014 di sini semalam.
"Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan GST di Australia, saya katakan Jabatan Kastam membuat persiapan yang amat baik, jika pun tidak lebih baik daripada apa yang saya lihat pada peringkat yang sama di Australia," katanya.
Wolfers berkata cabaran di Australia ternyata sama dan terkandung dalam ungkapan yang mudah bahawa GST bukan hanya satu perubahan cukai, tetapi perubahan yang memberi kesan kepada perniagaan harian, dan bukan hanya pakar-pakar cukai sahaja yang perlu memahami sistem tersebut.
"Cabaran utamanya ialah ciri-ciri GST yang saling bergantungan, tidak cukup bagi syarikat menangani isu GST mereka sendiri, mereka perlu memahami bagaimana ia memberi kesan kepada pelanggan dan bekalan mereka.
"Mereka perlu memastikan aktiviti huluan dan hiliran mereka bersedia untuk CBP dan sebab itu pendaftaran pada peringkat awal sangat penting," kata Wolfers.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif - GST Initiative Indirect Tax Leader, Bob Kee bersetuju dengan Wolfers bahawa syarikat perlu memulakan pelaksanaan GST.
"Banyak perniagaan di Malaysia tidak memahami GST dengan baik dan bagi mereka yang menganggap memahaminya, mereka sering memandang ringan kesukaran yang terlibat," kata Kee.
"Jika anda mengenepikan kesukaran teknikal GST, pelaksanaan sebenar boleh memakan masa dan memerlukan usaha.
"Terdapat banyak masa untuk membuat perubahan terhadap sistem, proses dan dokumen dan jika anda menangguhkannya lebih lama, tidak akan mempunyai masa yang cukup, berikutan pengalaman kami menunjukkan walaupun bagi perniagaan yang paling mudah, pelaksanaan GST boleh mengambil masa sehingga enam bulan," kata Kee.
Topic Berkaitan
#Goods and Services Tax
#GST
#KPMG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan