awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen

Bernama
Bernama
24/11/2024
05:15 MYT
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Zakaria berkata sistem berkenaan akan diintegrasikan dengan data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Polis Diraja Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Beliau berkata fasa pertama sistem berkenaan dijangka siap pada 2026, sekali gus memberi nafas baharu kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan Imigresen secara keseluruhannya.
"Sistem NIISe ini kita akan rangkumkan semua perkhidmatan Imigresen di bawah satu sistem dan melalui penggunaan AI, ia akan lebih memberi kecekapan dalam perkhidmatan Imigresen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu forum bertajuk 'Penambahbaikan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan sempena Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Zakaria berkata sistem berkenaan akan diintegrasikan dengan data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara atau Polis Diraja Malaysia.
"Kita akan lebih cekap dari segi pengurusan warga asing, pelawat, pintu masuk dan perkhidmatan lain secara amnya," katanya.
Terdahulu bercakap dalam forum berkenaan Zakaria berkata kira-kira 90 peratus perkhidmatan Jabatan Imigresen kini dilaksanakan secara dalam talian dan digital, antaranya pelaksanaan permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), permohonan bagi pembaharuan pasport dan permohonan visa.
Beliau berkata ePLKS bagi pekerja asing dikeluarkan secara dalam talian, kemudian individu berkenaan boleh mencetak pas itu sendiri tanpa perlu ke pejabat imigresen bagi memudahkan urusan.
"Selain itu, langkah pembaharuan di pintu-pintu masuk negara, kita ke arah penggunaan autogate, sekarang kita dah buka untuk penggunaan pelawat dari 63 negara.
"Sekarang untuk masuk ke dalam negara tak perlu ke kaunter-kaunter yang ada petugas imigresen, mereka boleh terus melalui autogate dan selesai. Yang terbaharu, (pemeriksaan imigresen) menggunakan kod QR MyTRIP yang dalam peringkat proof of concept di pintu masuk bagi mengelak kesesakan," katanya.
Beliau berkata pada setakat Oktober ini, Malaysia menerima lebih 30 juta pelawat asing dan pihaknya menjangkakan jumlah itu boleh mencecah 33 juta pada penghujung tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Imigresen Bersepadu Nasional
#niise
#AI
#Ketua Pengarah Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan