awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem kad laporan pelajar ditambah baik - Mahdzir

Bernama
Bernama
19/06/2016
23:34 MYT
Sistem kad laporan pelajar ditambah baik - Mahdzir
MAHDZIR: Setiap PPD memberi laporan berkaitan kedudukan sekolah di bawah seliaan mereka bagi memastikan setiap masalah yang dihadapi sekolah itu dapat diatasi dengan segera.
Kementerian Pendidikan akan melakukan penambahbaikan pada sistem kad laporan berkaitan prestasi pencapaian akademik bagi mengurangkan jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar luar bandar yang sebelum ini kurang memuaskan agar setanding dengan pelajar sekolah di bandar.
"Jika kita lihat graf pencapaian akademik pelajar sekolah luar bandar masih rendah dan kementerian perlu menambahbaik sistem kad laporan dari semasa ke semasa yang mampu meningkatkan prestasi sekolah luar bandar.
Kita ada 134 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka melakukan pelbagai insentif seperti menyampaikan hadiah kepada pelajar dan sekolah yang menunjukkan prestasi baik," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada golongan tidak berkemampuan dalam Parlimen Padang Terap di sini, pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya juga mahu persaingan gender antara pelajar lelaki dan perempuan dapat dilakukan, kerana pada masa ini pelajar perempuan menunjukkan prestasi cemerlang berbanding pelajar lelaki.
Mahdzir berkata pihaknya turut meminta setiap PPD memberi laporan berkaitan kedudukan sekolah di bawah seliaan mereka bagi memastikan setiap masalah yang dihadapi sekolah itu dapat diatasi dengan segera.
"Keputusan UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) contohnya, sekolah mana yang mendapat prestasi lebih baik daripada sekolah lain dan kita dapat lakukan sesuatu kepada sekolah yang berprestasi rendah dalam tempoh tertentu," katanya.
Sementara itu, beliau dalam ucapannya menyatakan hasrat mahu menjadikan semua sekolah di negeri ini, diadakan dalam satu sesi iaitu sesi pagi berbanding pada masa ini yang berlangsung dua sesi, pagi dan petang.
"Kekurangan sekolah menengah dan pelajar terlalu ramai menyebabkan ada sekolah terpaksa adakan dua sesi, pagi dan petang. Kementerian akan menambah sekolah menengah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian tempat," katanya.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#peajar bandar
#pelajar luar bandar
#pencapaian akademik
#sistem kad laporan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan