awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem kesihatan awam Sabah berfungsi seperti biasa walau diuji COVID-19

Bernama
Bernama
11/10/2020
13:47 MYT
Sistem kesihatan awam Sabah berfungsi seperti biasa walau diuji COVID-19
Sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di negeri Sabah masih berfungsi seperti biasa walaupun terdapat kekangan kes COVID-19 yang tinggi di negeri itu, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di negeri Sabah masih berfungsi seperti biasa walaupun terdapat kekangan kes COVID-19 yang tinggi di negeri itu, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia sekali gus menafikan sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di negeri itu lumpuh seperti didakwa sebuah portal baru-baru ini.
Memperincikan perkara itu, beliau berkata pada masa ini, sebanyak tujuh hospital telah disediakan untuk merawat pesakit COVID-19 pada tahap tiga, empat dan lima manakala kapasiti 4,822 katil disediakan berbanding 2,566 katil sebelum ini.
"Ia termasuk 66 katil ICU (unit rawatan rapi) dan peruntukan 170 alat bantuan pernafasan, pengisian katil setakat ini ialah 66 peratus," katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan melalui Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga telah mengenal pasti enam lagi pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah bagi merawat kes COVID-19 pada tahap satu dan dua menjadikan kesemua pusat rawatan tersebut sebanyak 16 buah.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem kesihatan di Sabah
#jangkitan COVID di Sabah
#kesihatan awam
#Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#unit rawatan rapi
#perubatan
#fasiliti kesihatan Sabah tidak lumpuh
#COVID-19
#Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan