KUALA LUMPUR: Sistem myIDENTITY milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang diwujudkan sejak 2012, membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam.
Menurut kenyataan JPN, pengintegrasian sistem ini membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon yang merupakan keperluan wajib kerana jawatan di dalam sektor awam adalah dikhaskan untuk rakyat Malaysia.
"JPN sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan pihak SPA sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat dan melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri di bawah akta atau peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh jabatan ini.
"JPN menyediakan kemudahan Sistem myIDENTITY kepada agensi-agensi kerajaan bagi tujuan perkongsian data asas individu. Kemudahan ini membolehkan agensi yang mendapat akses membuat semakan silang antara data pelanggan agensi dengan data JPN untuk mengesahkan kesahihan maklumat peribadi pelanggan berkenaan," menurut kenyataan itu.
Sehingga kini terdapat 51 agensi diberikan akses kepada sistem myIDENTITY manakala bagi agensi yang tidak mempunyai akses, semakan data boleh dilaksanakan dengan memohon kepada JPN mengikut keperluan.
Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan kejayaan SPA mengesan dan menyekat cubaan lebih 46,000 individu, termasuk warga asing dan mereka yang menggunakan identiti palsu untuk memohon kerja dalam sektor awam sejak 2020 hingga 15 Mac lepas.
Mereka adalah antara 2.2 juta pemohon yang mengisi maklumat peribadi bagi memohon kekosongan perjawatan yang ditawarkan dalam sektor perkhidmatan awam bagi tempoh lebih dua tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Sistem myIDENTITY JPN membantu SPA mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. - Fail
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.
PM Anwar undang Putin hadiri sidang kemuncak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
Syarikat penerbangan Rusia dipelawa sambung semula penerbangan ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.
Arab Saudi harap negara lain ikut jejak langkah AS
Arab Saudi berharap negara lain akan mengikuti jejak langkah Amerika Syarikat dan menghapuskan sekatan ekonomi terhadap Syria.

Sistem myIDENTITI bantu kesan 46,000 penipu identiti, warga asing mohon kerja sektor awam - JPN
Sistem myIDENTITY milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenal pasti maklumat sahih individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam.