KUALA LUMPUR: Sistem pembayaran kekal menjadi medium yang paling disasarkan percubaan pancingan data kewangan atau 'phishing' di Malaysia dengan Mac 2022 mencatatkan pengesanan ancaman tertinggi pada 41.09 peratus, kata Kaspersky.
Syarikat keselamatan siber global itu berkata Februari 2022 menyaksikan penjenayah siber yang mencuba untuk menganiaya mangsa menerusi perbankan, sistem pembayaran dan membeli-belah dalam talian adalah pada 52.43 peratus, hanya 1.57 peratus lebih rendah daripada keseluruhan rantau Asia Tenggara dari segi percubaan pancingan data berkaitan kewangan.
"Peratusan itu adalah daripada data tanpa nama berdasarkan cetusan daripada komponen penentu dalam sistem Anti-Pancingan Data Kaspersky pada komputer pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya komponen itu mengesan semua halaman yang mempunyai kandungan pancingan data yang cuba dibuka oleh pengguna dengan mengikuti pautan dalam mesej e-mel atau pada laman sesawang selagi pautan ke halaman ini terdapat dalam pangkalan data Kaspersky.
Ia berkata percubaan pancingan data perbankan dan sistem pembayaran mungkin lebih rendah sejak 1 April, 2022.
"Ini bermula ketika pembukaan semula sempadan Malaysia kepada pengembara antarabangsa serta bagi rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara tanpa perlu kuarantin," katanya.
Bagaimanapun, katanya percubaan pancingan data membeli-belah dalam talian meningkat pada April kepada 8.67 peratus dengan kemungkinan ramai yang meneliti tawaran dalam talian yang mungkin menjanjikan cabutan bertuah.
Ia berkata bahawa pancingan data kekal sebagai helah paling berkesan digunakan penjenayah siber memandangkan ia cara yang biasa untuk menceroboh ke dalam rangkaian pengguna atau syarikat dengan memainkan emosi pengguna.
"Senario yang mungkin berlaku seperti apabila satu aplikasi mempunyai semua butiran kewangan pengguna, satu pautan pancingan data mudah yang meminta bukti kelayakan pengguna boleh menjejaskan semua data yang tersedia dalam aplikasi itu.
"Ini memburukkan kesan kerosakan akibat ancaman tersebut," katanya.
Pengurus Besar Asia Tenggara Yeo Siang Tiong berkata Kaspersky juga menyaksikan kebangkitan "Super Apps" di Asia Tenggara di samping peningkatan penggunaan transaksi digital di rantau itu.
"Ini ialah aplikasi mudah alih yang menggabungkan semua fungsi monetari popular termasuk e-perbankan, dompet mudah alih, membeli-belah dalam talian, insurans, tempahan perjalanan dan juga pelaburan.
"Mengumpulkan data dan wang digital kita dalam satu tempat boleh mencetuskan kesan menyeluruh selepas itu dengan kesan serangan pancingan data menjadi lebih teruk pada kadar yang tidak dijangka," katanya.
Katanya penjenayah siber kebiasaannya akan mengikut jejak wang, oleh itu, penting bagi bank, pembangun aplikasi dan penyedia perkhidmatan untuk menyepadukan keselamatan siber daripada mula aplikasi dibangunkan.
"Kami menjangkakan penggodam menyasarkan "Super Apps", kedua-dua infrastruktur dan penggunanya menerusi serangan kejuruteraan sosial.
"Kami menggesa syarikat teknologi kewangan untuk menggunakan pendekatan keselamatan yang direka dalam sistem mereka dan terus memberikan pendidikan yang proaktif kepada pengguna mereka dalam tempoh ini ketika serangan pancingan data terus meningkat," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022
Kaspersky berkata percubaan pancingan data perbankan dan sistem pembayaran mungkin lebih rendah sejak 1 April, 2022. - Gambar hiasan/ Reuters
OKU Sentral bantah istilah digunakan Isaiah Jacob dalam merujuk kepada OKU
OKU Sentral menyuarakan rasa kecewa, dan membantah tindakan Senator Isaiah Jacob berterusan menggunakan istilah "specially abled".
Adobe tamatkan penawaran Photoshop Mix, Fix untuk Android
Pengguna boleh menggunakan Photoshop Express yang menyertakan pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua aplikasi tersebut.
Faisal Halim jalani pembedahan hampir empat jam
Pemain sayap skuad kebangsaan, Faisal Halim, dilaporkan semakin stabil selepas menjalani pembedahan hampir empat jam tengah malam tadi.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Pertumbuhan pinjaman industri perbankan 5.4 peratus seiring jangkaan bagi tahun ini
Pertumbuhan pinjaman sektor perbankan sebanyak 5.4 peratus setakat tahun ini, adalah sejajar dengan unjuran julat pertumbuhan 4.0-5.0 peratus bagi 2024.
Penunjuk perasaan kampus bertembung di Chicago
Penunjuk perasaan Pro-Palestin dan pro-Israel Universiti DePaul di Chicago, Illinois mengadakan protes serentak pada Ahad sebagai tanda sokongan mereka kepada Israel dan Palestin dalam perang di Gaza.
Israel mulakan pemindahan penduduk Palestin di Gaza
Tentera Israel mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah kepada kawasan yang didakwanya sebagai 'zon kemanusiaan' pada Isnin
Latihan tentera: Simulasi pamer kekuatan, erat kerjasama AS- Filipina
Latihan tahunan itu melibatkan kira-kira 16,000 tentera Filipina dan Amerika sudah bermula bulan lalu, akan berlangsung sehingga 10 Mei.
Banjir: Penyelamat Brazil giat selamatkan penduduk terkandas
Ribuan penduduk terkandas di Rio Grande Do Sul tanpa makanan dan air bersih selepas banjir melanda dan mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang.
Penipuan memancing data di Korea Selatan catat kerugian 1.76 trilion won sejak lima tahun lalu
Mangsa diperdaya untuk berkongsi kata laluan peribadi atau kod keselamatan mereka melalui panggilan telefon, mesej atau e-mel.
Sistem pembayaran jadi sasaran utama cubaan 'phishing' di Malaysia - Kaspersky
Sistem pembayaran kekal menjadi medium yang paling disasarkan percubaan pancingan data kewangan atau 'phishing' di Malaysia.
Polis kesan cubaan dapatkan data peribadi di media sosial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik terbaharu cubaan untuk mendapatkan data peribadi (phishing) melalui hantaran mesej di media sosial.
Maybank beri panduan elak tertipu laman web 'phishing'
Maybank mengeluarkan beberapa panduan berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa laman web phishing.
Serangan akan berterusan, ini lima ramalan keselamatan siber buat syarikat tahun ini
Disebabkan krisis COVID-19, syarikat berdepan dengan cabaran teknologi yang amat besar dan tidak kebal daripada ancaman serangan siber.
'Komputer anda sudah digodam, cepat bayar atau kami dedahkan semua!'
Pada pertengahan Julai lalu, berlaku satu lagi gelombang baharu penghantaran e-mel yang menakut-nakutkan pengguna ini.