Sistem pendigitalan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di negara ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan melihat keadaan dan kesesuaian sebelum melaksanakan sepenuhnya perkara itu sejajar langkah menuju ke arah pembelajaran abad ke-21.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu perlu realistik dengan keadaan semasa sesebuah sekolah selain mengambil kira adakah ia boleh diguna pakai atau tidak.
"Sehubungan itu, kita akan melihat keadaan dan kesesuaian sebelum melaksanakan sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Transformasi Digital Pembelajaran Abad-21 di sini, hari ini.
Tambah Mahdzir, dalam usaha ke arah pendigitalan itu, setiap sekolah bakal menikmati buku teks pintar, sistem kehadiran pintar, sistem pengecaman wajah (aspek keselamatan), aplikasi pintar serta pembayaran tanpa tunai di kantin sekolah.
"Sebagai contoh, pembayaran tanpa tunai, kita lihat dahulu berapa sekolah yang hendak ambil. Kita perlu kreatif dan mungkin boleh memulakan pembayaran tanpa tunai ini di koperasi dahulu. Teknologi juga perlu bersesuaian dengan pelajar," katanya.
Selain itu, menurutnya, bagi merealisasikan program transformasi digital itu, pihak kementerian bekerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi meningkatkan kualiti pendidikan dengan sistem pendigitalan.
"Kerjasama ini adalah berkaitan dengan pembelajaran abad ke-21. Kita mahu di semua sekolah dapat jajaran internet dan kita yakin dengan kemampuan teknologi yang dimiliki TM," katanya.
Dalam majlis itu, pelancaran pelan prabayar daripada TM yang khas untuk guru dan kakitangan KPM dikenali sebagai pelan unifi Mobile 'JASA' akan memudahkan mereka berkomunikasi dan menggunakan internet terutama sekali di kawasan pedalaman.
Zaim Ibrahim
Tue Mar 13 2018
Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid, memberitahu, kerjasama yang dijalinkan antara TM dan KPM akan memacukan sistem pendidikan negara ke arah pembelajaran abad ke-21.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
TM sokong keputusan rangkaian 5G kedua, komited terhadap pertumbuhan digital
TM percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.
Pengamal media dipelawa bekerjasama cari jalan terbaik depani era digital
Kemunculan kecerdasan buatan dalam industri media tidak seharusnya dilihat sebagai satu ancaman.
'Belanjawan 2025 perlu tumpu pemulihan sistem pendidikan pasca pandemik'
Anuar berkata, antara perkara yang perlu dipertimbang ialah meningkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak dan pendidikan digital di sekolah.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Jurang digital dirapatkan dengan CONNECTme, inisiatif e-dagang dan telekesihatan – MEASAT
Teknologi satelit telah digunakan untuk merapatkan jurang digital di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai infrastruktur ketersambungan asas.
Lebih 3,000 usahawan desa dilatih menerusi program pendigitalan
6,000 produk usahawan desa dimasukkan ke dalam rekod sistem dagang kementerian bagi meningkatkan pendapatan melalui pemasaran dalam talian.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.