awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem perbankan BSN tergendala

Bernama
Bernama
20/01/2019
12:20 MYT
Sistem perbankan BSN tergendala
BSN sedang meneliti perkara itu dan berusaha untuk membaik pulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan seperti biasa.
SISTEM perbankan BSN yang melibatkan perkhidmatan kaunter di cawangan, ATM, CDM, MEPS, MyBSN dan Ejen Bank BSN (EB BSN) kini tergendala dan sebarang transaksi perbankan tidak dapat dilakukan pada masa ini.
Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani dalam kenyataan hari ini, berkata BSN sedang meneliti perkara itu dan berusaha untuk membaik pulih keadaan bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi perbankan seperti biasa.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan kami dan perkembangan terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya.
Kenyataan itu tidak menyebut sejak bila sistem berkenaan tergendala.
Yunos berkata sebagai sebuah institusi kewangan, simpanan dan akses kepada kemudahan perbankan untuk semua pelanggan adalah kepentingan dan keutamaan BSN.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari laman sesawang BSN di www.mybsn.com.my untuk informasi berhubung BSN dan produk serta perkhidmatan ditawarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#BSN
#sistem tergendala
#Yunos Abd Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan