Skip to main content

Bisnes

SK Hynix atasi Samsung, muncul syarikat paling bernilai di Korea Selatan

[TB]_SK Hynix Atasi Samsung_AMANZ
Nilai pasaran SK Hynix meningkat kepada kira-kira 2,082.5 trilion won (kira-kira RM5.63 trilion), sekali gus mendahului Samsung Electronics yang mencatatkan 2,081.3 trilion won (kira-kira RM5.62 trilion). -Foto Amanz
Advertisement

SEOUL: Landskap teknologi Korea Selatan menyaksikan perubahan ketara apabila SK Hynix mengatasi Samsung Electronics buat kali pertama untuk muncul sebagai syarikat paling bernilai di negara itu.

Memetik laporan Reuters, nilai pasaran SK Hynix meningkat kepada kira-kira 2,082.5 trilion won (kira-kira RM5.63 trilion), sekali gus mendahului Samsung Electronics yang mencatatkan 2,081.3 trilion won (kira-kira RM5.62 trilion).

Pencapaian itu didorong oleh kedudukan kukuh SK Hynix dalam rantaian bekalan perkakasan kecerdasan buatan (AI), khususnya sebagai antara pengeluar cip memori terbesar dunia.

Berdasarkan laporan Counterpoint Research, syarikat itu menguasai kira-kira 58 peratus bahagian pasaran global bagi cip memori jalur lebar tinggi (HBM) setakat suku pertama 2026.

Bagaimanapun, Samsung Electronics kekal sebagai konglomerat teknologi utama dengan operasi perniagaan lebih pelbagai, merangkumi elektronik pengguna serta pembangunan cip logik menerusi Samsung Foundry.

Buat masa ini, kedudukan syarikat paling bernilai di Korea Selatan dikuasai SK Hynix, dengan penganalisis menjangka momentum itu berterusan sekiranya permintaan terhadap cip HBM kekal tinggi dalam pasaran global.

 

Must Watch Video

Advertisement