KUALA TERENGGANU: Pelaksanaan sistem saraan baharu untuk kakitangan awam adalah tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata kerajaan bagaimanapun memberi perhatian terhadap perkara itu dengan proses pembaharuan sistem berkenaan masih dalam peringkat kajian.
"Jawatankuasa pembaharuan perkhidmatan awam yang dipengerusikan Perdana Menteri akan meneliti perkara ini. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah membuat kajian dan melantik konsultan, jadi kita tunggulah," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Program Latihan Pelan Strategik Pendigitalan Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu oleh Menteri Besar Datuk Dr Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
Menurut beliau lagi kerajaan juga meneliti perkara itu susulan garis kemiskinan negara telah meningkat, dengan pendapatan isi rumah RM2,008 sudah dikira miskin.
Awal semalam, CUEPACS sekali lagi menggesa kerajaan meneliti semula tuntutan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang disifatkan tidak lagi relevan.
Presidennya, Datuk Adnan Mat dilaporkan berkata pendapatan penjawat awam masih lagi di bawah garis kemiskinan dan jauh untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Dalam perkembangan lain, mengenai keputusan kerajaan untuk membenarkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kembali berpolitik, Mohd Zuki berkata pekeliling mengenai perkara berkenaan sedang dibuat oleh JPA.
"Kita tengok apa yang akan keluar melalui pekeliling tersebut, PM (perdana menteri) kata tak adil kalau hadkan kepada beberapa jabatan sahaja, tapi kena lihat implikasi daripada apa yang dibenarkan.
"Tapi saya jangkakan untuk sementara ini hanya petugas Kemas dan guru memang dibenarkan (berpolitik). JPA dalam peringkat akhir untuk keluarkan garis panduan, draf sudah ada, akan keluar dalam masa terdekat," katanya.
Pada 22 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memutuskan untuk membenarkan guru dan petugas Kemas kembali berpolitik, yang berkuat kuasa serta-merta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Mohd Zuki (kanan) dan Ahmad Samsuri (dua, kiri) menyaksikan pertukaran dokumen selepas majlis menandatangani Pelan Strategik Pendigitalan PSUK di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, 13 Feb 2022. --fotoBERNAMA
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Sistem saraan baharu bantu penjawat awam tangani peningkatan kos sara hidup - Cuepacs
Adnan menyifatkan Sistem Saraan Malaysia yang dilaksanakan sejak 2002 bagaikan kerangka 'rumah lama' yang sudah tidak sesuai.
Sistem saraan baharu tertakluk kedudukan kewangan kerajaan - KSN
Kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu dengan proses pembaharuan sistem berkenaan masih dalam peringkat kajian.