NATIONAL
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
Ringkasan AI
- METMalaysia kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi untuk ramalan cuaca, membolehkan jangkaan bencana dua minggu lebih awal.
- Sistem ini menyokong Dasar Pengurangan Risiko Bencana 2030 dan melibatkan rangkaian radar di Kuching serta Kota Kinabalu.
- Sistem amaran awal banjir METMalaysia berkesan, dengan amaran awal tujuh hari sebelum hujan lebat di Pantai Timur baru-baru ini.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Isnin bagi menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang menyoal inisiatif projek tebatan banjir di bawah kementerian berkenaan.
Nik Nazmi menambah, pembangunan sistem itu penting kerana ia menjadi salah satu daripada sasaran utama Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030.
Katanya, projek itu juga meliputi sistem rangkaian pencerapan radar di Kuching dan Kota Kinabalu untuk memantau keadaan cuaca supaya ia dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh.
Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa sistem amaran awal banjir kendalian MetMalaysia dalam tahap baik dan berkesan untuk mengenal pasti bencana berkenaan.
Jelasnya, ini mengambil kira tindakan MetMalaysia yang mengeluarkan amaran itu tujuh hari sebelum episod hujan lebat di Pantai Timur berlaku.
"MetMalaysia dalam kenyataannya pada 19 November lalu ada menjangkakan luruan monsun kuat yang menyebabkan hujan lebat akan berlaku di Pantai Timur.
"Benar, kita tidak menjangkakan hujan ekstrem seperti yang berlaku pada 2014 ketika luruan monsun kali ini. Namun, apabila berlaku (taburan hujan) ia ekstrem seperti 2014," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami