KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini akan menetapkan tarikh baharu bagi prosiding membela diri Siti Bainun Ahd Razali selepas pengasas Rumah Bonda itu diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari bermula 28 Nov kerana masalah kesihatan.
Hakim Izralizam Sanusi dijangka menetapkan tarikh itu Jumaat ini selepas peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor memaklumkan Siti Bainun dijangkiti bakteria dan perlu mengambil antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu.
"Jangkitan itu dikesan hasil daripada prosedur perubatan diagnostik atau endoskopi serta ujian darah di sebuah hospital semalam.
"Siti Bainun telah dibenarkan keluar dari hospital malam tadi dan telah diberikan MC dari 28 Nov hingga 19 Dis ini. Anak guam saya juga perlu kembali semula ke hospital pada 15 Dis untuk rawatan susulan manakala 20 Dis bagi menentukan sama ada pembedahan hempedu terhadapnya dapat diteruskan atau tidak," kata peguam itu semasa sebutan kes tersebut hari ini.
Pada 24 Nov lepas, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pula memohon kepastian berkaitan keadaan sebenar Siti Bainun.
"Kami bukan doktor untuk memahami laporan kesihatan kerana ia mempunyai banyak terma saintifik. Sebab itu kami mohon doktor dipanggil memberi keterangan mengenai laporan itu," katanya.
Bagaimanapun, Izralizam berkata tiada keperluan untuk memanggil doktor untuk memberi keterangan mengenai perkara itu dan mahkamah membenarkan penangguhan kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC.
Isnin lepas, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pada 5 Dis kerana Siti Bainun dimasukkan ke wad akibat pneumonia (radang paru-paru).
Nur'Aminahtul Mardiah berkata pihaknya memohon untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan dan memanggil semula tiga saksi.
Siti Bainun, 30, didakwa mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Isnin lepas, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya bermula pada 5 Dis kerana Siti Bainun dimasukkan ke wad akibat pneumonia (radang paru-paru). - Gambar fail
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Rompin catat IPU tidak sihat
Setakat 11 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.
Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.
Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.
Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.
Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.
Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.