awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Kasim tolak pelawaan debat dengan Dr.Zakir, anggap ia bodoh

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/03/2017
06:40 MYT
Siti Kasim tolak pelawaan debat dengan Dr.Zakir, anggap ia bodoh
Siti Kasim tolak pelawaan berdebat dengan Dr Zakir. - Gambar Facebook Official Siti Kasim
AKTIVIS dan peguam, Siti Kasim, menolak undangan debat yang diatur dengan penceramah Dr. Zakir Naik.
Undangan itu, sebelum ini dibuat oleh Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, yang mencadangkan satu sesi dialog diadakan antara Siti dan Dr Zakir.
Ia bertujuan untuk menjelaskan beberapa perkara, kerana menurut Dr Fathul, Siti Kasim tidak mengenali Dr.Zakir dan apa yang diperjuangkannya.
Dr.Fathul sebelum ini membuat undangan tersebut kepada Dr.Zakir dan penceramah dari India itu telah pun menyatakan kesediaannya untuk berbuat demikian.
Ia susulan tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk Siti Kasim, dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.
Namun Siti, dalam status yang dikemaskini malam tadi, menyifatkan undangan dan 'cabaran' yang diutarakan sesetengah pihak agar dia dan Dr.Zakir berdebat, sebagai satu perkara bodoh.
Kata Siti, apa yang berlaku kini seolah-olah sengaja membuat serangan peribadi ke atas dia dan seorang lagi peguam, Asiah Abdul Jalil, memandangkan mereka adalah wanita.
"Saman yang dibuat 19 orang planitif, tapi hanya kami berdua sahaja yang 'diserang'. Kenapa?
"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan pendapat orang lain mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya.
Jadi, jangan buang masa saya,"tulis Siti Kasim.
Undangan debat juga disifatkan tidak masuk akal memandangkan kes itu sudah diserahkan kepada mahkamah.
Topic Berkaitan
#agama
#debat
#Dr Zakir Naik
#Siti Kasim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan