awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM

Bernama
Bernama
27/07/2022
15:01 MYT
Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU.
"Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih," menurut JKM susulan tular infografik di laman media sosial berkenaan perkara itu.
JKM juga berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU.
Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#kad OKU
#Siti Nuramira Abdullah
#hina agama
#Islam
#Orang Kurang Upaya
#smoku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan