awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa di PPS

Bernama
Bernama
22/01/2024
02:10 MYT
Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa di PPS
Seramai 43 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara di Segamat setakat 6 pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Segamat, Johor tidak berubah dengan 43 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
NADMA dalam laporan tersebut turut memaklumkan tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor, Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah) dan Sungai Arau (Arau, Perlis).
Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Terengganu turut berada pada paras bahaya manakala Sungai Jemaluang (Mersing, Johor) dan Sungai Duyong (Jasin, Melaka) direkodkan berada pada tahap amaran.
Sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang, Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.
Menurut NADMA, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang pula dijangka ditutup sehingga 28 Jan akibat jalan mendap dan Jalan Raya Timur-Barat di Hulu Perak, Perak buat masa ini hanya dibuka satu lorong akibat cerun runtuh.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#paras air sungai
#PPS
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan