awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi di Asia Barat stabil, tiada keperluan pindah rakyat Malaysia - KLN

Pia Ernadya
Pia Ernadya
17/04/2024
11:10 MYT
Situasi di Asia Barat stabil, tiada keperluan pindah rakyat Malaysia - KLN
Kementerian Luar berkata, tiada keperluan bagi pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar.
PUTRAJAYA: Situasi semasa di Asia Barat kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati, kata Kementerian Luar hari ini.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu juga berkata, tiada keperluan bagi usaha pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar di sana.
"Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan Kerajaan. Pada masa ini, tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar Malaysia di rantau ini.
"Bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan, Kementerian Luar telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan untuk memantau perkembangan di rantau ini dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, katanya kerajaan menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan berkenaan untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.
“Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara terlibat.
“Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan untuk memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Konflik Iran-Israel
#rakyat Malaysia
#situasi semasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan