awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi di Johor makin pulih, banjir surut sepenuhnya di Tangkak

Bernama
Bernama
16/03/2023
09:55 MYT
Situasi di Johor makin pulih, banjir surut sepenuhnya di Tangkak
Jumlah mangsa banjir semakin menurun kepada 29,063 orang mangsa setakat jam 4 petang ini berbanding 31,680 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini dilihat semakin baik setelah daerah Tangkak menjadi daerah terkini pulih sepenuhnya daripada bencana berkenaan.
Susulan itu, jumlah mangsa banjir semakin menurun kepada 29,063 orang mangsa setakat jam 4 petang ini berbanding 31,680 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), hanya dua daerah masih terlibat dengan banjir iaitu Batu Pahat dan Segamat membabitkan 99 buah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.
"Batu Pahat masih menjadi daerah yang paling terjejas dengan 29,019 orang daripada 8,208 keluarga diikuti Segamat dengan 49 orang daripada 15 keluarga," menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBN.
Dalam masa yang sama Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Batu Pahat, memaklumkan lebih ramai mangsa banjir yang akan pulang ke kediaman masing-masing setelah keadaan banjir dilihat semakin surut.
Melalui tinjauan yang dilakukan oleh Bernama, ramai mangsa banjir dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membersihkan kawasan terjejas termasuk kediaman penduduk.
Cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini diramalkan cerah pada petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#mangsa banjir
#Tangkak
#bencana banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan