KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilakukan secara sistematik dan rancangan pemulihan ekonomi negara yang menerapkan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) akan menjadi kunci utama untuk memacu Malaysia kembali ke landasannya, menjadikan ia lebih kukuh menjelang akhir 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, berdasarkan kepada data semasa, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara beransur-ansur telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac 2020.
"Kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa situasi buruk yang dialami telah berakhir. Saya pasti Malaysia akan muncul untuk kembali kukuh pada akhir tahun ini," kata beliau kepada Bernama.
Tengku Zafrul berkata, sektor ekonomi yang dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan kepada pematuhan ketat SOP meliputi 93 peratus daripada ekonomi semasa PKP 2.0 dan ini telah mengakibatkan kerugian output sebanyak RM300 juta setiap hari berbanding RM2.4 bilion sehari semasa PKP 1.0.
Beliau juga berkata, empat pakej rangsangan ekonomi berjumlah sehingga RM305 bilion atau lebih daripada 20 peratus KDNK, berserta pembukaan semula ekonomi secara berperingkat sejak awal Mei 2020 telah menyokong KDNK 2020 sekitar empat mata peratusan.
Ini juga telah menyumbang kepada 24 peratus peningkatan dalam KDNK daripada RM289.4 bilion pada suku kedua 2020 kepada RM357.4 bilion pada suku keempat 2020.
Selain itu, Belanjawan 2021 yang dibentangkan tahun lepas bersama dengan pakej bantuan PERMAI akan melengkapkan lagi pemulihan ekonomi Malaysia dan mengurangi implikasi daripada langkah-langkah membendung penularan COVID-19.
"Tambahan pula, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia yang telah dimulakan sejak akhir Februari 2021 akan menyokong pembukaan semula ekonomi dan merancakkan aktiviti perniagaan kita. Ini akan disokong oleh pemulihan kukuh dalam perdagangan global dan harga minyak mentah yang lebih tinggi, " jelas Tengku Zafrul.
Tengku Zafrul berkata, kementerian menyasarkan defisit negara kepada kurang daripada 6.2 peratus daripada KDNK untuk tahun 2021.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada seberapa cepat ekonomi pulih dan fokus kerajaan menyokong sektor-sektor tertentu bagi mengembangkan ekonomi tempatan.
Defisit negara meningkat kepada 6.2 peratus daripada KDNK pada tahun 2020 daripada 3.4 peratus pada tahun 2019.
Sementara itu, Tengku Zafrul turut menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mendaftar program vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera atau laman web rasmi seperti yang diiklankan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19.
"Adalah sangat penting bagi negara untuk mencapai imuniti kawanan secepat mungkin bagi memastikan pemulihan ekonomi sepenuhnya dicapai termasuk sektor yang paling teruk terjejas seperti pelancongan, peruncitan dan penerbangan."
Dalam perkembangan berasingan, bekas tokoh bank itu berkata, keputusan Bank Negara untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus pada mesyuarat dasar monetarinya baru-baru ini akan membantu meringankan aliran tunai individu dan perniagaan, mendorong perbelanjaan pengguna dan memacu lebih banyak aktiviti pinjaman oleh institusi kewangan .
"Ini akan memberikan dorongan kepada pertumbuhan ekonomi kita serta melengkapkan langkah-langkah fiskal kerajaan dalam memastikan pemulihan ekonomi yang berterusan."
Kementerian Kewangan telah melancarkan laporan mengenai satu tahun pencapaiannya bersempena dengan ulang tahun tahun pertama kerajaan Perikatan Nasional.
Di dalam laporan berkenaan, Tengku Zafrul berkata, bahawa pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kesan sosioekonomi yang belum pernah dialami oleh Malaysia dengan risiko besar kepada kesihatan awam dan kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari kepada ekonomi semasa PKP 1.0.
"Bagi menangani pandemik ini, kerajaan telah menyusun strategi 6R, merangkumi enam tahap iaitu Ketegasan (Resolve), Ketahanan (Resilient), Memulakan Semula (Restart), Pemulihan (Recovery), Memperkasa (Revitalise) dan Menyusun Semula (Reform).
"Pelaksanaan pelbagai jenis inisiatif termasuklah Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN disokong oleh penggunaan data semasa, yang memungkinkan intervensi dan penyelarasan segera untuk memastikan penyampaian yang berkesan," ujar beliau.
PKP 1.0 telah menyebabkan penguncupan KDNK sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua.
Bagaimanapun, hasil tindakan pantas kerajaan telah membuahkan hasil positif apabila ekonomi negara akhirnya mencatatkan kadar penyusutan yang lebih rendah iaitu 5.6 peratus bagi tahun 2020.
Langkah-langkah berkenaan turut membantu menurunkan kadar pengganguran daripada 5.3 peratus (Mei 2020) kepada 4.8 peratus (Disember 2020).
"Namun, masih banyak yang perlu dilaksanakan. Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan PERMAI akan menyokong. Saya juga yakin bahawa 80 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat vaksin menjelang awal 2022 yang akan membantu mendorong pemulihan ekonomi negara.
"Sementara itu, Kementerian Kewangan dan LAKSANA akan terus memastikan semua inisiatif dilaksanakan dan dipantau dengan sempurna agar rakyat dan negara kita mampu pulih dan muncul lebih berdaya tahan daripada sebelumnya," kata Tengku Zafrul.
Pada 16 Mac 2020, Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) telah dibentuk untuk memantau pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara beransur-ansur telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac 2020, kata Tengku Datuk Seri Zafrul. - Gambar fail
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
ChatGPT tampil ciri Memory, ingat maklumat penting
Apabila perbualan dilakukan, pengguna ChatGPT Plus boleh memilih untuk menyimpan perbualan sebagai memori.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.