awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi benarkan Capital A kurangkan modal, usaha keluar daripada status PN17
'Bukan saya, saya baru ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes

SJKP sasar bantu lebih 100,000 individu miliki rumah tahun ini

Bernama
Bernama
21/01/2026
08:40 MYT
SJKP sasar bantu lebih 100,000 individu miliki rumah tahun ini
Kor Ming berkata setakat 30 Sept lepas, SJKP telah meluluskan jaminan pinjaman perumahan bernilai RM23.17 bilion dan berjaya membantu sebanyak 97,180 individu memiliki rumah idaman masing-masing. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menyasarkan untuk membantu lebih 100,000 individu memiliki rumah idaman mereka menjelang akhir tahun ini.

Ringkasan AI
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) membantu lebih 100,000 individu memiliki rumah idaman menjelang akhir tahun ini dengan jaminan pinjaman perumahan bernilai RM23.17 bilion, terutamanya untuk golongan B40 dan M40.
  • SJKP MADANI diperkenalkan untuk meringankan beban bayaran pendahuluan dengan tawaran jaminan pembiayaan sehingga 120 peratus daripada harga hartanah, manakala Step-Up Financing turut diperkenalkan bagi golongan belia dengan ansuran bulanan rendah pada awal pembelian.
  • Kerajaan MADANI telah tambah siling nilai jaminan pembiayaan SJKP sebanyak RM10 bilion tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan nilai jaminan sejak 2008 hingga kini adalah sebanyak RM40 bilion, dengan KPKT memantau pelaksanaan skim ini secara dekat untuk memastikan impak maksimum kepada masyarakat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata setakat 30 Sept lepas, SJKP telah meluluskan jaminan pinjaman perumahan bernilai RM23.17 bilion dan berjaya membantu sebanyak 97,180 individu memiliki rumah idaman masing-masing.
"SJKP diperuntukkan khusus kepada golongan B40 dan M40, termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti pekerja gig economy, yang majoritinya terdiri daripada golongan muda untuk membeli rumah idaman.
"SJKP memberikan jaminan pembiayaan hingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama, merangkumi kediaman baharu, subsale (sedia ada), dan unit lelongan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nga berkata bagi meringankan beban bayaran pendahuluan, skim SJKP MADANI turut diperkenalkan dengan tawaran jaminan pembiayaan hingga 120 peratus daripada harga hartanah.
Pada masa yang sama, beliau berkata pembiayaan secara Step-Up Financing turut diperkenalkan mulai tahun lepas bagi mengurangkan beban kewangan golongan belia dalam pembelian rumah pertama.
"Melalui mekanisme ini, ansuran bulanan adalah lebih rendah bagi tiga hingga lima tahun pertama dan hanya akan meningkat secara berperingkat mengikut jadual yang telah dipersetujui," katanya.
Nga berkata Kerajaan MADANI telah menambah siling nilai jaminan pembiayaan SJKP sebanyak RM10 bilion tahun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan nilai jaminan SJKP sejak diperkenalkan pada 2008 hingga kini adalah sebanyak RM40 bilion.
Beliau berkata KPKT akan mengadakan sesi libat urus dengan Bank Negara dalam masa terdekat bagi menggalakkan penglibatan semua institusi perbankan dalam pelaksanaan skim berkenaan supaya semua institusi kewangan mendukung dasar perumahan negara.
"KPKT akan terus memantau pelaksanaan skim ini secara dekat bagi memastikan impak pelaksanakan SJKP yang maksimum.
"KPKT bukan sekadar menyediakan rumah, malah turut memastikan sistem pembiayaan yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat Malaysia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah individu yang telah dibantu oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menjelang akhir tahun ini? A: SJKP telah berjaya membantu sebanyak 97,180 individu memiliki rumah idaman masing-masing menjelang akhir tahun ini.
  • Q: Apakah kumpulan golongan yang diberi penekanan oleh SJKP? A: SJKP diperuntukkan khusus kepada golongan B40 dan M40, termasuk pekerja gig economy dan golongan muda untuk membeli rumah idaman.
  • Q: Apakah nilai jaminan pembiayaan yang diberikan oleh SJKP bagi pembelian rumah pertama? A: SJKP memberikan jaminan pembiayaan hingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama, termasuk kediaman baharu, subsale, dan unit lelongan.
  • Q: Apakah inisiatif yang diperkenalkan untuk meringankan beban bayaran pendahuluan? A: Untuk meringankan beban bayaran pendahuluan, skim SJKP MADANI turut diperkenalkan dengan tawaran jaminan pembiayaan hingga 120 peratus daripada harga hartanah.
  • Q: Berapakah jumlah keseluruhan nilai jaminan SJKP sejak diperkenalkan pada tahun 2008 hingga kini? A: Jumlah keseluruhan nilai jaminan SJKP sejak diperkenalkan pada 2008 hingga kini adalah sebanyak RM40 bilion.

Topic Berkaitan
#KPKT
#SJKP
#Skim Jaminan Kredit Perumahan
#golongan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.