awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri bermula 15 April - Salahuddin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/04/2023
07:57 MYT
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri bermula 15 April - Salahuddin
Skim berkenaan turut meliputi barangan seperti ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum sejak 5 Februari lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 berkuat kuasa 15 hingga 30 April.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 jenis barangan yang akan berada di bawah skim berkenaan.
Skim berkenaan juga turut meliputi enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur di bawah Penentuan Harga Maksimum yang telah berkuat kuasa sejak 5 Februari lalu.
“Tempoh pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2023 kali ini adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.
“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.
“SHMMP Hari Raya Puasa 2023 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat.
"Harga maksimum yang telah ditetapkan untuk SHMMP Hari Raya Puasa 2023 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri 2 dan Kos Sara Hidup di https://www.kpdn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan harga barangan terkawal serta bekalan mencukupi.
Tegasnya, mana-mana pihak yang didapati melanggar arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan sedia ada.
Ini termasuk tindakan bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal.
“Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 dan Syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
“Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM 10,000.00,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Salahuddin Ayub
#kpdn
#Skim Kawalan Harga Musim Perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan