KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluas skim Rent to Own bagi membolehkan lebih ramai golongan B40 dan M40 memiliki rumah.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kerjasama dengan institusi kewangan akan diteruskan dalam menyediakan pakej pembiayaan perumahan yang menarik dan mampan.
"KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) melalui Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara (SPNB) menyediakan perumahan seperti program Kediaman SPNB dan Perumahan PR1MA bagi golongan M40 di seluruh Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata, setakat ini, sejumlah 28,583 unit Kediaman SPNB telah siap dibina manakala 1,024 unit dalam pembinaan dan 531 unit dalam perancangan di seluruh negara.
Menurut Nga, PR1MA juga telah membina sebanyak 35,454 unit Rumah Mampu Milik (RMM) manakala sebanyak 14,427 unit dalam pembinaan dan 3,765 unit dalam perancangan di seluruh negara setakat 15 Okt.
Dalam pada itu, Nga berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk menetapkan saiz keluasan yang baharu bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) seluas 750 kaki persegi dengan menetapkan standard minimum untuk setiap unit PPR tersebut dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Beliau berkata, ia merupakan hala tuju baharu pelaksanaan PPR berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan daya huni penduduk perumahan itu.
"KPKT dengan hala tuju yang baharu juga menetapkan supaya PPR baharu yang dibina akan menjadi lebih bersepadu dengan kemudahan lain termasuk termasuk padang riadah, medan selera dan kedai serbaneka," katanya.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya telah menyediakan inisiatif bagi meningkatkan pemilikan rumah dengan melaksanakan inisiatif i-Biaya.
Inisiatif berkenaan merupakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) khususnya pembeli rumah pertama termasuk mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji seperti golongan ekonomi gig.
"Melalui inisiatif ini, kerajaan memberi jaminan had pembiayaan sehingga RM500,000. Ini termasuk jumlah pembiayaan pokok, Jaminan Tempoh Pengurangan Gadai Janji (MRTA), Takaful Gadai Janji (MRTT), yuran guaman dan yuran penilaian," katanya.
Nga berkata, sepanjang pelaksanaan SJKP mulai 2008 hingga 30 Sept lepas, sebanyak 30,841 permohonan pinjaman bernilai RM5.85 bilion telah diluluskan selain kerajaan melalui Belanjawan 2024 telah mencadangkan untuk menambah RM10 bilion jumlah jaminan bagi memanfaatkan 40,000 peminjam.
Sementara itu, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah melaksanakan sebanyak 1,558 operasi bersepadu sejak 2022 hingga 31 Ogos lepas.
"Setakat September 2023, sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan oleh PBT atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen dan premis," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Kerajaan akan memperluas skim Rent to Own bagi membolehkan lebih ramai golongan B40 dan M40 memiliki rumah, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. - Gambar hiasan
Justin Bieber, isteri umum berita kehamilan
Penyanyi Justin Bieber dan isterinya Hailey Bieber memuat naik berita kehamilan anak pertama mereka di akaun sosial media masing-masing.
Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen
Romlee dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
AWANI Pagi: Malaysia Artificial Intelligence Nexus
Ikuti AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry, siaran langsung dari World Trade Centre, Kuala Lumpur, sempena pelancaran Malaysia Artificial Intelligence Nexus.
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Diskusi bersama Dr. Muhammad Akmal Remli, Pengarah AIBIG, Fakulti Sains Data Dan Komputeran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) & Prof Dr Amir Akramin Shafie Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
#AWANInews #AWANIPagi
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
AWANI Ringkas: Wanita sukar keluar daripada garis kemiskinan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'MFL jangan bersikap ego'
Mohd Faizal berkata, penundaan tarikh dibuat atas faktor keselamatan bukan sahaja pengurusan pasukan dan pemain, malah penyokong.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
'Kami akan berjuang menggunakan hanya kuku, jika perlu' - Netanyahu
Netanyahu tidak mengendahkan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk bersetuju dengan gencatan senjata.
Skim Rent to Own diperluas bagi golongan B40, M40
Kerajaan akan memperluas skim Rent to Own bagi membolehkan lebih ramai golongan B40 dan M40 memiliki rumah.