KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Gerakan Koperasi Malaysia tampil dalam usaha menyantuni masyarakat yang terkesan akibat banjir melalui fasa ketiga, Program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir kali ini di Lanchang Pahang, Hulu Langat dan Kuala Selangor, Selangor dan Jelebu, Negeri Sembilan.
Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Rusli Jaafar yang mengetuai fasa ketiga misi pasca banjir berkata, program itu selepas langkah menyantuni mangsa banjir di beberapa buah negeri melalui fasa pertama dan fasa kedua sebelum ini.
Jelasnya, fasa ketiga bantuan ini adalah kesinambungan bantuan yang telah berjaya dilaksanakan sejurus selepas banjir melanda di beberapa buah negeri.
"Berbeza pada fasa pertama dan fasa kedua yang lebih tertumpu kepada kerja-kerja penyampaian bantuan makanan dan pembersihan kediaman anggota-anggota koperasi yang terkesan, fasa ketiga pula tertumpu kepada penyampaian bantuan kewangan kepada institusi-institusi pendidikan seperti pusat-pusat tahfiz dan sekolah pondok.
"Hari ini sahaja sebanyak RM45,000 hasil sumbangan SKM bersama Gerakan Koperasi Malaysia telah berjaya dikumpul bagi membiayai bantuan dalam bentuk sumbangan tunai, dapur gas, toto, barangan keperluan asas, makanan dan pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di empat kawasan terbabit.
"Ini termasuk sumbangan tunai sebanyak RM25,000 kepada enam buah pusat tahfiz yang turut terjejas teruk akibat banjir. Antaranya, Pusat Tahfiz Darul Faizin, Maahad Tahfiz An-Nisa, Maahad Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Yayasan Sofa serta Pondok Tahfiz Haji Ahmad," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, Tuan Rusli Jaafar membuat pelepasan kepada semua kenderaan yang menyertai Misi Bantuan Prihatin SKM dan Gerakan Koperasi di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Seramai 40 anggota sukarelawan terdiri daripada kakitangan SKM serta enam buah koperasi terlibat dalam misi kali ini.
Antara koperasi-koperasi yang terlibat adalah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra), Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) dan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas).
Turut serta, Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad (Kobimbing), Koperasi Ladang Berhad, Koperasi PEKAP Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Kebuniti Selangor Berhad dan Koperasi Chef Malaysia Berhad.
Sebelum ini, Sebanyak RM200,000 hasil sumbangan SKM bersama Gerakan Koperasi Malaysia berjaya dikumpul bagi membiayai bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas, makanan, pakaian, wang tunai serta peralatan pembersihan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Tanjung Karang.
Astro Awani
Wed Jan 05 2022
Rusli Jaafar melepaskan konvoi bantuan banjir Fasa Ketiga, Program Tanggunjawab Sosial Korporat SKM bersama Gerakan Koperasi di Menara SKM, Kuala Lumpur. - Foto SKM
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.
Sultan Johor mohon kerajaan salur bantuan khas pascabanjir
Peruntukan khas itu adalah bagi membaik pulih infrastuktur awam termasuk jalan raya yang rosak dan musnah akibat banjir.
Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro
Keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan kepentingan awam.
BSMM akan agih dana RM1.2 juta dari Geneva
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) akan mengagihkan dana bantuan dalam bentuk baucar tunai bernilai kira-kira 300,000 Swiss Francs (lebih RM1.2 juta)
KPLB terima lebih 2,000 permohonan baik pulih, bina semula rumah terjejas banjir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di lapan negeri terjejas banjir baru-baru ini.
Pascabanjir: Sisa kayu di Kg Baru Sungai Perdak akan dibersihkan segera - Tuan Ibrahim
Masalah longgokan sisa kayu di kawasan Kampung Baru Sungai Perdak, Bentong, akibat banjir besar yang berlaku Disember tahun lalu akan dibersihkan segera.
Kerja pembersihan pascabanjir capai 98.17 peratus siap - NADMA
Sebanyak 438 tan sisa banjir telah dibersihkan pada kedua-dua fasa pembersihan dengan menggunakan 112 jentera dan 354 pekerja.
Semak harga dulu sebelum setuju baiki kereta terjejas banjir di bengkel
Isu penipuan dan tindakan 'mencekik darah' oleh pemilik bengkel tular di media sosial ekoran beberapa invois daripada beberapa bengkel mencecah puluhan ribu.
Pascabanjir: 820 tan sampah berjaya dikutip dalam tempoh sembilan hari
Tiga lokasi yang terlibat adalah di Meru, Jalan Kebun dan Klang Utama.
SKM gerakkan fasa ketiga bantuan pascabanjir
Fasa ketiga bantuan ini adalah kesinambungan bantuan yang telah berjaya dilaksanakan sejurus selepas banjir melanda di beberapa buah negeri.