Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini menyerahkan memorandum mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap individu yang menghina sesuatu agama serta bangsa terutamanya Islam dan orang Melayu di laman sosial.
Naib Ketua pergerakan itu Khairul Azwan Harun berkata perkara seumpama itu sudah melampaui batasan dan menunjukkan nilai menghormati agama serta bangsa lain telah terhakis.
"Walaupun ada bukti dan pengakuan memohon maaf daripada sesetengah individu selepas menghina bangsa serta agama lain namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak penguat kuasa seperti SKMM," katanya di perkarangan pejabat SKMM di sini hari ini.
Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman.
Beliau berkata sifat sewenang-wenang menghina agama lain dan hanya meminta maaf untuk menyelesaikannya tanpa diambil tindakan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Justeru itu beliau meminta SKMM untuk memberikan maklum balas dalam masa tujuh hari dan jika tidak berbuat demikian pihaknya akan menyenaraikan semua kes penghinaan yang pernah berlaku di laman sosial yang tidak diambil tindakan.
Sementara itu, Sheikh Raffie menjelaskan bahawa mencari individu sebenar yang berbuat perkara demikian adalah sesuatu yang sukar kerana kebanyakan mereka menggunakan akaun palsu.
"Jika sesiapa mempunyai maklumat atau mengenali mana-mana individu yang menghina agama melalui laman sosial boleh malaporkan kepada SKMM dan siasatan boleh dijalankan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.
Bernama
Tue Aug 05 2014
SKMM sepatutnya mengambil tindakan terhadap individu yang menghina sesuatu agama serta bangsa terutamanya Islam dan orang Melayu di laman sosial. - Gambar Fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Digesa Pemuda UMNO untuk bercuti: Ini jawapan Zahid...
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi respon terhadap gesaan Pemuda UMNO supaya beliau mempertimbangkan untuk bercuti seketika daripada menjalankan tugas sebagai presiden parti.