awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKMM mulakan sistem pengumpulan data capaian internet bulan depan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/02/2021
01:05 MYT
SKMM mulakan sistem pengumpulan data capaian internet bulan depan
FADHLULLAH: Pihak kami boleh mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk memastikan pembekal memperbaiki rangkaian mereka dan membetulkan perkhidmatan yang diadukan. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan sistem pengumpulan data capaian internet pada hujung suku pertama tahun ini.
Pengerusinya Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, sistem itu yang akan mula dilaksananakan pada Mac ini bertujuan memastikan ketelusan dalam penyaluran maklumat kepada pengguna.
“Kami telah berjanji untuk menyediakan Peta JENDELA dan membenarkan kami sebagai pengguna untuk melihat tahap kualiti pembekal perkhidmatan (rangkaian internet) dan ini memerlukan data.
“Oleh itu, kami akan memulakan sistem bekalan data, untuk mengumpul data ini, untuk dipaparkan kepada pengguna.
“Sebagaimana dengan sistem, ia akan memakan sedikit masa.
"Dan pada suku keempat tahun ini, kami jangkakan pengguna boleh melihat kualiti perkhidmatan oleh pembekal masing-masing,” kata Fadhlullah dalam temu bual bersama Agenda AWANI pada Jumaat.
Tambahnya, beliau berharap ketelusan data kepada pengguna dapat memberikan rangsangan kepada pembekal untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka.
“Bagi pengguna, mereka boleh melihat aduan mereka di sistem tersebut.
“Jika terdapat aduan di sesuatu tempat, kawasan itu akan kelihatan merah disebabkan terdapat banyak aduan.
“Pihak kami boleh mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk memastikan pembekal memperbaiki rangkaian mereka, untuk membetulkan perkhidmatan yang diadukan,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#data capaian internet
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#SKMM
#Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek
#Peta JENDELA
#penyaluran maklumat
#data
#ketelusan
#pembekal perkhidmatan
#Internet
#kualiti
#aduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan