awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh, ini puncanya

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/01/2021
06:44 MYT
Skor Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh, ini puncanya
Penurunan skor itu sekaligus memberi pengaruh kepada kedudukan Malaysia, iaitu kini di tangga 57 daripada 180 negara, berbanding tangga 51 pada 2019. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini mengumumkan laporan kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Skor Malaysia jatuh dua mata, iaitu 51 peratus tahun 2020 berbanding 53 peratus tahun 2019.
Penurunan itu sekaligus memberi pengaruh kepada kedudukan Malaysia, iaitu kini di tangga 57 daripada 180 negara, berbanding tangga 51 pada 2019.
TI-M melaporkan, ini antara sebab yang memungkinkan kejatuhan skor tersebut:
i. Pembaharuan kepada institusi (institutional reforms) yang tidak terlaksana. Antaranya adalah Akta Pembiayaan Politik yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada waktu pemerintahan terdahulu tetapi tidak terjadi. Juga Akta IPCMC yang telah dilonggarkan versinya kepada IPCC yang tidak efektif. Dan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwaraya yang masih belum disuarakan oleh kerajaan sekarang. ii. ‘Melepaskan Tanpa Membebaskan’ bagi sebilangan mereka yang dituduh dalam kes berprofil tinggi telah memberikan persepsi negatif tentang bagaimana proses kehakiman digunapakai. iii. Akses terhad kepada maklumat mengenai kepentingan awam. Sebagai contoh, pampasan untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi dan pampasan yang dibayar sebagai penyelesaian oleh Goldman Sachs dalam kes 1 MDB tidak dinyatakan kepada orang ramai. iv. Kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah berterusan oleh pegawai awam walaupun telah diambil tindakan oleh SPRM. Sebagai contoh, kes penangkapan pegawai imigresen baru-baru ini kerana mengeluarkan visa palsu yang masih menjadi masalah berterusan. v. Kemajuan yang terhad dalam kemas kini awam mengenai kes berprofil tinggi seperti kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Skandal Air Sabah dan Kapal Tempur Littoral yang masih tergantung and tiada berita. vi. Skandal daging bukan halal dilaporkan telah beroperasi tanpa hukuman selama 40 tahun. vii. Kerajaan belum membentangkan Rang Undang-Undang Perolehan Awam. viii. Laporan negatif berterusan mengenai salah laku dan tadbir urus yang tidak baik oleh pegawai kerajaan dalam laporan Ketua Audit Negara yang tidak diambil tindakan disiplin.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Transparency International Malaysia
#TI-M
#punca skor jatuh
#skor rasuah jatuh
#Malaysia
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan