awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SKP akan kawal selia pemberi kredit bukan bank termasuk BNPL

Bernama
Bernama
09/09/2025
05:40 MYT
SKP akan kawal selia pemberi kredit bukan bank termasuk BNPL
Lim berkata SKP juga akan melaksanakan satu sistem pengurusan aduan yang berkesan bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efisien oleh syarikat-syarikat pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit yang dikawal selia. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan mengawal selia perniagaan pemberi kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit termasuk skim 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' (BNPL), kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan mengawal selia pemberi kredit bukan bank dan perkhidmatan BNPL di bawah Akta Kredit Pengguna (AKP) yang baru diluluskan.
  • SKP diwajibkan memastikan amalan kredit yang bertanggungjawab termasuk penilaian kemampuan pengguna serta caj yang telus dan berpatutan.
  • Sistem pengurusan aduan akan dilaksanakan dan pasukan pemantau akan terus meneliti isu BNPL bagi melindungi pengguna, khususnya golongan muda.

Beliau berkata SKP telah ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna (AKP), setelah Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 diluluskan baru-baru ini di Dewan Negara.
"Di bawah AKP, pemberi kredit dikehendaki mematuhi keperluan amalan yang bertanggungjawab (conduct requirements) termasuk penilaian kemampuan (affordability assessment) berhutang ke atas pengguna kredit.
"Kita mesti memastikan tema urus niaga yang adil, pengenaan caj yang telus serta berpatutan dan tidak membebankan pengguna," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Tiew Way Keng yang ingin tahu apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan setelah RUUKP diluluskan demi memastikan kawal selia untuk perkhidmatan BNPL dapat dilaksanakan dengan kadar segera supaya rakyat khususnya anak muda tidak terjerumus dalam perangkap hutang yang menjejaskan masa depan mereka.
Lim berkata SKP juga akan melaksanakan satu sistem pengurusan aduan yang berkesan bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efisien oleh syarikat-syarikat pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit yang dikawal selia.
Tambahnya pasukan petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna akan terus memantau perkembangan industri BNPL dan meneliti isu-isu yang berkaitan buat masa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Kredit Pengguna
#Lim Hui Ying
#Dewan Negara
#BNPL
#Akta Kredit Pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan