KUALA LUMPUR: Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki dan wanita B tandem pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024 di New Delhi, India hari ini.
Dua pingat emas itu hadir menerusi kayuhan pantas Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhd Arfy Qhairant Amran, dengan catatan 1 minit 06.256 saat (s) menerusi kategori lelaki, manakala Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais yang dibantu Farina Shawati Mohd Adnan merekodkan 1:13.350s, menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.
Ahmad Ahlami Mohamad yang dibantu Muhammad Khairul Adha Rasol pula meraih perak bagi kategori lelaki, selepas merakamkan 1:07.362 manakala Nur Suraiya Muhamad Zamri yang dibantu Nurul Suhada Zainal mencatatkan 1:14.486s untuk memenangi perak bagi saingan wanita.
Pelumba Thailand Watcharobon Boonmalert yang dibantu Kanyarat Kesthonglang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa kategori wanita selepas mencatatkan 1:18.566s.
Tiada pemenang gangsa bagi kategori lelaki apabila hanya dua pesaing didaftarkan dalam saingan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Dua pingat emas itu hadir menerusi kayuhan pantas Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhd Arfy Qhairant Amran, dengan catatan 1 minit 06.256 saat (s) menerusi kategori lelaki. - Foto Facebook Cycling Federation of India
Sarawak tidak ambil hak orang lain - Abang Johari
Katanya, ada pihak tertentu yang mempersoal tindakan Kerajaan Sarawak menguatkuasakan undang-undang berhubung pelarasan pengagihan gas.
Lagi mesin ATM beroperasi di bangunan penginapan jemaah Malaysia
Mesin ATM Bank Alinma itu memberi kemudahan kepada kira-kira 7,710 jemaah yang menginap di situ dan hotel berdekatan.
Percuma 10,000 liter air pertama, perluasan rebat RM20 di Pulau Pinang
Pemberian air percuma 10,000 liter berkuat kuasa Julai hingga Dis 2024, skim rebat melibatkan isi rumah besar dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.
Sarawak mahu jadi pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu
Penekanan kepada pembangunan tenaga hijau yang giat dilaksanakan di Sarawak ialah langkah yang bertujuan menjadikan negeri ini sebagai pemain terkemuka dunia dalam ekonomi baharu.
Lebih 100,000 daftar perniagaan menerusi SPPP hingga April
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merekodkan 110,004 peniaga mendaftarkan perniagaan menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) sejak ia diperkenalkan pada 2020 hingga 30 April lepas.
Piala Negara-Negara: Speedy Tigers atasi Kanada 4-2
Ia kemenangan sulung Speedy Tigers dalam saingan itu selepas seri dalam perlawanan pembukaan menentang Pakistan dan tewas kepada Perancis.
Terpengaruh fahaman salah punca wanita tidak mahu jalani mamogram
Fahaman dan kepercayaan salah terhadap pseudosains atau sains menjadi antara punca wanita tidak mahu melakukan pemeriksaan mamogram untuk mengesan kanser payudara.
Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan ekonomi.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam menyokong transformasi rangka kerja sistem persaraan bagi memastikan keterangkuman dan jaminan untuk semua.
Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India
Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024.