awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India

Bernama
Bernama
22/02/2024
15:53 MYT
Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India
Dua pingat emas itu hadir menerusi kayuhan pantas Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhd Arfy Qhairant Amran, dengan catatan 1 minit 06.256 saat (s) menerusi kategori lelaki. - Foto Facebook Cycling Federation of India
KUALA LUMPUR: Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki dan wanita B tandem pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024 di New Delhi, India hari ini.
Dua pingat emas itu hadir menerusi kayuhan pantas Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dibantu Muhd Arfy Qhairant Amran, dengan catatan 1 minit 06.256 saat (s) menerusi kategori lelaki, manakala Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais yang dibantu Farina Shawati Mohd Adnan merekodkan 1:13.350s, menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.
Ahmad Ahlami Mohamad yang dibantu Muhammad Khairul Adha Rasol pula meraih perak bagi kategori lelaki, selepas merakamkan 1:07.362 manakala Nur Suraiya Muhamad Zamri yang dibantu Nurul Suhada Zainal mencatatkan 1:14.486s untuk memenangi perak bagi saingan wanita.
Pelumba Thailand Watcharobon Boonmalert yang dibantu Kanyarat Kesthonglang terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa kategori wanita selepas mencatatkan 1:18.566s.
Tiada pemenang gangsa bagi kategori lelaki apabila hanya dua pesaing didaftarkan dalam saingan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad berbasikal para
#pingat emas
#Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia
#New Delhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan