AARHUS: Skuad Piala Thomas dan Uber Malaysia kali ini mungkin turun tanpa bintang-bintang ternama apabila membariskan pemain muda yang rata-rata membuat penampilan pertama, namun ia tidak bermakna skuad negara lemah.
Pemain beregu lelaki utama, Soh Wooi Yik percaya walaupun barisan pemain kali ini hanya mempunyai purata umur 22 tahun dan kurang pengalaman, mereka mempunyai potensi untuk menyerlah di kedua-dua kejohanan berpasukan itu yang bakal membuka tirai pada Sabtu ini di Ceres Arena di sini.
Pemain berusia 23 tahun berasal dari Kuala Lumpur itu yang mencipta sensasi meraih pingat gangsa Olimpik Tokyo bersama Aaron Chia, optimis bahawa skuad negara mampu memberikan tentangan yang sengit kepada pihak lawan.
"Harapan kita memang suku akhir, tetapi ia tidak bermakna pasukan kita lemah, cuma dari segi pengalaman berbanding dengan negara lain ada beza. Tetapi keadaan pasukan kita memang baik, kita akan berjuang dan bersedia dari segi mental," katanya kepada Bernama.
Wooi Yik, yang baru tiba di Aarhus pada malam Selasa bersama-sama skuad Piala Sudirman yang mencipta kejutan mara ke separuh akhir, mengakui cabaran Piala Thomas yang bakal dilalui bukan mudah, kerana pasukan lain memberikan tumpuan terhadap kejohanan berpasukan lelaki itu.
"Kali ini saya melihat semua negara lain memang lebih fokus kepada Piala Thomas dan mereka hantar pemain yang terbaik. Namun, kita harus percaya kepada diri kita dan saya amat percaya kepada potensi pasukan Malaysia.
"Memang kondisi tidak akan sentiasa baik pada setiap perlawanan, saya rasa itu berlaku pada setiap pemain. Saya rasa cuma mental itu sangat penting pada acara pasukan... Kita dah biasa dengan keadaan itu, akan cuba terus mengekalkan prestasi," katanya menjelang latihan rasmi pertama pasukan pada tengah hari ini (6 petang waktu Malaysia).
Mengulas mengenai kekurangan satu perlawanan pada aksi kumpulan berikutan penarikan diri pasukan England pada saat-saat terakhir, Wooi Yik berkata aksi itu sepatutnya dapat digunakan untuk membina momentum pemain negara.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D, akan membuka kempen menentang Kanada pada 7 malam Selasa (1 pagi, Rabu waktu Malaysia), diikuti cabaran sengit menentang naib juara Jepun pada 8.30 pagi Khamis depan (2.30 petang waktu Malaysia).
Malaysia pernah muncul juara Piala Thomas sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada 1992 di Stadium Negara, selain menamatkan saingan sebagai naib juara sebanyak sembilan kali termasuk pada edisi 2014 di New Delhi.
Bagi Piala Uber pula, Malaysia yang pernah beraksi sebanyak 12 kali dalam kejohanan itu, pernah mara ke pusingan suku akhir pada edisi 2008 dan 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021
Soh Wooi Yik percaya barisan pemain muda mempunyai potensi untuk menyerlah di kedua-dua kejohanan berpasukan itu. - Instagram Soh Wooi Yik
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Skuad boling remaja wanita negara sambar emas di kejohanan dunia IBF
Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon.
Piala Asia B-23: Malaysia mahu cipta kemenangan meskipun dilabel bukan pilihan - Juan Torres
Anak buah Juan Torres Garrido sedia berdepan Uzbekistan yang merupakan pasukan pilihan untuk kempen kali ini.
Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula
Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
SELBATC: Percaturan pemain beri kelebihan buat China - Rexy Mainaky
Ketiadaan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong jelas menjadi titik tolak untuk China merampas gelaran tersebut.
Persembahan Harimau Malaya belum cukup memadai untuk cabar Korea Selatan - Pemerhati bola sepak
Masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia diaibkan pula pasukan ranking ke-23 dunia itu.
Speedy Tigers banyak sia-siakan peluang jaringkan gol - Arul Selvaraj
Ketumpulan penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat.
Harimau Malaya mampu 'menyengat' pada aksi Piala Asia 2023
Pemain pertahanan negara Daniel Ting melaungkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menandingi kehebatan pasukan lain.
Speedy Tigers dijangka bertemu Britain, Jerman untuk kelayakan ke Paris
Pasukan-pasukan lain dalam saingan kali ini terdiri daripada Pakistan, Kanada, Chile dan China yang mungkin berhadapan skuad Speedy Tigers.
Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen
Pelbagai emosi bakal dirasai peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok.
Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.