awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta
PM Anwar ucap tahniah PPUM cipta sejarah pemindahan hati bayi 4 bulan
Che Kem dan visi auteur: Membentuk kepimpinan wanita sebagai tindakan etika dalam Muzikal Paduka Cik Siti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Pemburu Ikan Asing tangkap 75,000 kg ikan bandaraya

Bernama
Bernama
03/01/2026
09:30 MYT
Skuad Pemburu Ikan Asing tangkap 75,000 kg ikan bandaraya
Tangkapan ikan bandaraya itu dibuat menerusi usaha bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi kemahiran serta NGO. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia merekodkan tangkapan ikan bandaraya sebanyak kira-kira 75 tan di seluruh Semenanjung Malaysia dari penghujung 2023 hingga Disember lepas.

Ringkasan AI
  • Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia merekodkan tangkapan ikan bandaraya sebanyak kira-kira 75 tan di seluruh Semenanjung Malaysia dari penghujung 2023 hingga Disember lepas.
  • Pengasas SPIA Malaysia, Mohamad Haziq A. Rahman, menyatakan bahawa tangkapan ikan bandaraya tersebut adalah hasil usaha bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan, institusi kemahiran, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
  • Mohamad Haziq menjelaskan bahawa SPIA Malaysia bukan sahaja menjalankan program penangkapan ikan asing, tetapi juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan ekosistem akuatik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pengasas SPIA Malaysia Mohamad Haziq A. Rahman berkata tangkapan ikan bandaraya itu dibuat menerusi usaha bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi kemahiran serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Jumlah ini tidak termasuk hasil tangkapan melalui program dilaksanakan hari ini dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Jabatan Perikanan Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK)," katanya.
Mohamad Haziq berkata demikian kepada pemberita pada Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat Sungai Perlis Bake With Love 4.0: Sinar Bawah Air anjuran bersama-sama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Kedah di Sungai Perlis di sini hari ini.
Beliau berkata penganjuran program dari 8 pagi hingga 3 petang itu susulan aduan penduduk tempatan berhubung lambakan spesies ikan asing sehingga menjejaskan ekosistem Sungai Perlis, khususnya ikan bandaraya.
"Program ini bukan sekadar memfokus kepada penangkapan ikan asing sebaliknya bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar dan masyarakat awam mengenai kepentingan pemuliharaan ekosistem akuatik," katanya.
SPIA Malaysia merupakan komuniti diasaskan pemancing dan nelayan darat yang sukarela dan aktif membanteras ikan bandaraya dengan lebih 1,000 ahli di seluruh Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah tangkapan ikan bandaraya yang direkodkan oleh Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia? A: Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) Malaysia merekodkan tangkapan ikan bandaraya sebanyak kira-kira 75 tan di seluruh Semenanjung Malaysia dari penghujung 2023 hingga Disember lepas.
  • Q: Apakah tujuan utama program yang dianjurkan oleh SPIA Malaysia di Sungai Perlis? A: Program yang dianjurkan bertujuan untuk membanteras ikan bandaraya dan meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan ekosistem akuatik di kalangan pelajar dan masyarakat awam.
  • Q: Berapakah jumlah ahli yang terlibat dalam SPIA Malaysia di seluruh Semenanjung Malaysia? A: SPIA Malaysia merupakan komuniti dengan lebih daripada 1,000 ahli yang terlibat aktif dalam membanteras ikan bandaraya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Topic Berkaitan
#ikan bandaraya
#Skuad Pemburu Ikan Asing
#SPIA
#ikan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan