awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SL1M bantu 139,398 graduan peroleh pekerjaan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
16/11/2017
07:22 MYT
SL1M bantu 139,398 graduan peroleh pekerjaan
Menurut Devamany program SL1M merangkumi latihan 'soft skill training' maksimum dua bulan dan disusuli dengan latihan di tempat kerja maksimum 10 bulan yang dijalankan sepenuhnya oleh pihak syarikat. - Gambar fail
Seramai 139,398 graduan dibantu secara langsung dan tidak langsung dalam memperkasakan kebolehpasaran diri melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri SK Devamany berkata, ia merangkumi 90 peratus peserta yang mendapat pekerjaan tetap sama ada diserap oleh syarikat yang melatih atau menerima tawaran daripada syarikat lain semasa atau selepas menjalani latihan.
Jelasnya, program SL1M merangkumi latihan 'soft skill training' maksimum dua bulan dan disusuli dengan latihan di tempat kerja maksimum 10 bulan yang dijalankan sepenuhnya oleh pihak syarikat.
"Setakat 31 Oktober lalu, 58,354 graduan berjaya mendapat pekerjaan dengan memperoleh latihan berstruktur daripada pelbagai syarikat yang mengambil bahagian dalam program SL1M.
"Sementara 81,044 graduan berjaya dibantu melalui penganjuran karnival kerjaya SL1M atau program 'search and assist' SL1M yang dilaksana diseluruh negara," katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Program SL1M diperkenalkan pada 1 Jun, 2011.
Bagi memperluaskan pelaksanaan Program SL1M dalam syarikat swasta, ia turut dijadikan antara syarat bagi syarikat yang ditawarkan kontrak perolehan kerajaan termasuk pelanjutan kontrak.
Syarikat tersebut hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya satu peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanakan program SL1M berdasarkan had yang ditetapkan.
Kata Devamany lagi, antara latihan yang diberi turut bertujuan meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi graduan di samping kemahiran teknikal mengikut acuan dan keperluan syarikat.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#kerajaan
#menteri
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Skim Latihan 1Malaysia
#SL1M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan