awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SLB mohon maaf video papar Jalur Gemilang tidak lengkap

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2025
02:40 MYT
SLB mohon maaf video papar Jalur Gemilang tidak lengkap
Jelas SLB, pihaknya amat menyesali kesilapan tidak disengajakan yang berlaku ketika proses kreatif. - Foto Facebook/TCE Baby Expo
KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan bayi, Singapore Lactation Bakes (SLB), tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan jalur gemilang tidak lengkap dalam video pelancarannya untuk SLB Malaysia, di Kuala Lumpur.
SLB menyertai pameran perdagangan produk bayi di pusat pameran sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Ia adalah insiden kali ketiga dalam minggu ini yang menyaksikan paparan Jalur Gemilang tidak lengkap.
Menurut kenyataan SLB, pihaknya dimaklumkan bahawa bendera Malaysia yang dipaparkan adalah tidak lengkap, dengan unsur utama tidak disertakan dalam imej terbabit.
SLB berkata, pihaknya mengaku betapa pentingnya Jalur Gemilang sebagai lambang identiti, warisan dan perpaduan Malaysia.
Menurut SLB, sememangnya, ia bukan niat mereka sama sekali untuk tidak menghormati atau merendahkan simbol kebangsaan yang penting ini.
Jelas SLB, pihaknya amat menyesali kesilapan tidak disengajakan yang berlaku ketika proses kreatif, dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan terbabit.
Pihaknya juga memaklumkan telah mengeluarkan video berkenaan
Pada masa sama, menurut SLB, pihaknya amat berterima kasih kepada mereka yang menyampaikan maklumat terbabit dan akan mengambil iktibar daripada kesilapan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#mohon maaf
#SLB
#video pelancaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan