awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: 65 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/08/2020
04:23 MYT
Slim Memilih: 65 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari
Anggota Polis menunjukkan jari berdakwat selepas selesai mengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim hari ini. -Bernama
Sebanyak 65 peratus daripada jumlah keseluruhan 267 pengundi awal melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim, setakat jam 12 tengah hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kemas kini di laman Twitter, sebentar tadi.
Berdasarkan peratusan tersebut, dianggarkan sejumlah 173 pengundi sudah menjalankan tanggungjawab mengundi awal.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera! Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 12.00 tengah hari : Peratus Keseluruhan : 65% Sumber: SPR
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 25, 2020
SPR sebelum ini menetapkan proses pengundian awal bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5.30 petang.
Pengundian awal diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pematuhan garis panduan pencegahan COVID-19 terus dilaksanakan.
Ia termasuk penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair pembasmi kuman.
Hari pengundian bagi PRK DUN Slim ditetapkan pada 29 Ogos, dengan SPR menjangkakan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi.
PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan bekas guru, S Santharasekaran.
Topic Berkaitan
#IPD Muallim
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Slim
#Slim Memilih
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan