awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slim Memilih: Cabaran dua sahabat karib bergelar 'pengembala kambing'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/08/2020
07:35 MYT
Slim Memilih: Cabaran dua sahabat karib bergelar 'pengembala kambing'
Mohd Ali membawa keluar kambing peliharaannya ke kawasan lapang untuk diberikan makan. - Gambar Astro AWANI
Selepas tiga tahun berdepan kesulitan untuk mengusahakan bidang penternakan, dua pengusaha kambing di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sekali lagi terpaksa mengharungi cabaran susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perniagaan yang mula diusahakan pada 2016 oleh sahabat karib, Mohd Reduan Mohd Zaini, 45, dan Mohd Ali Jumri, 45, hampir terhenti di tengah jalan kerana kerugian yang terpaksa ditanggung mereka.
Namun, berkat kesabaran dan minat terhadap bidang tersebut, rintangan itu dihadapi dengan hati terbuka oleh mereka.
"Masa PKP memang tiada jualan, kalau ada jualan pun orang beli (kambing) untuk bela sahaja, untuk kenduri-kendara memang tiada, terhenti (perniagaan).
Mohd Reduan berkata mereka pernah berasa putus asa khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Mohd Reduan berkata mereka pernah berasa putus asa khususnya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Gambar Astro AWANI
"Masa itu rasa lemah semangat, rasa macam 'down' juga. Tetapi sekarang selepas PKP, Alhamdulillah rezeki itu ada, untuk bulan ini sahaja sudah boleh jual 30 ekor lebih termasuk orang beli untuk aqiqah, korban dan bela," kata Mohd Reduan yang juga bekas tentera ketika ditemui Astro AWANI, di sini.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, dia sanggup berhenti kerja untuk pulang ke kampung bagi memulakan perniagaan tersebut dan bergelar 'pengembala kambing'.
Sebagai permulaan, mereka membeli 25 ekor kambing pedaging dan terpaksa hidup berjimat-cermat kerana pendapatan tidak tetap sepanjang tempoh tiga tahun.
"Kalau ikutkan dalam 2016 kita mula (perniagaan) tetapi untuk jangka masa tiga tahun memang banyak yang kita tempuh.
"Dengan kita tidak tahu langsung (selok-belok bidang penternakan) sebab kita baru nak mencuba. Sepanjang tempoh itu, pelbagai cabaran termasuk masalah penyakit dan sebagainya," katanya lagi.
Mohd Ali pula sanggup berhenti kerja untuk pulang ke kampung dan mengusahakan bidang penternakan - Gambar Astro AWANI
Mohd Ali pula sanggup berhenti kerja untuk pulang ke kampung dan mengusahakan bidang penternakan - Gambar Astro AWANI
Hasil perniagaan penternakan, dua usahawan itu kini mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, selain hasil ternakan mereka mendapat permintaan pelanggan dari luar DUN Slim.
Selain menjual kambing, mereka turut menyediakan perkhidmatan menyembelih dan membekalkan daging segar.
Sehubungan itu, Mohd Ali menaruh harapan besar agar pihak berkaitan boleh membantu para penternak untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#Penternak kambing
#PKP
#PRK DUN Slim
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan