KUALA LUMPUR :Sarawak Multimedia Authority (SMA) mengumumkan pelan Saluran 200 sebagai penyelesaian interim kepada masalah capaian internet luar bandar di negeri itu.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, pelan Saluran 200 akan menggunakan Very Small Aperture Terminals (VSAT).
Penyelesaian itu dirancang kerana pembinaan menara telekomunikasi di kawasan bukan komersial di negeri itu masih berjalan.
“Selain itu SMA menerusi Smart Multimedia Authority Rural Transformation (SMART) juga terus komited untuk meluaskan liputan telekomunikasi ke seluruh kawasan luar bandar negeri itu.
“Ia sebagai inisiatif membantu merapatkan jurang sosio ekonomi di antara penduduk di bandar dan luar bandar,” kata kenyataan itu.
Setakat ini pembinaan bagi 300 menara telekomunikasi sedang berjalan dengan 67 peratus dilaporkan sudah siap.
Kenyataan dikeluarkan sebagai respon kepada kisah seorang orang guru dari SMK Lubok Antu dan pelajar dari Nanga Sumpa dan Nanga Jambu yang terpaksa meredah hutan belantara semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang baik.
BACA: Demi capaian internet, pelajar Lubok Antu redah bahaya hutan belantara
Usaha ini dilakukan bagi membolehkan mereka mengikuti Home-Based Learning sekali gus tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Syafik Shukri Jalil
Fri Nov 20 2020

Pelan Saluran 200 oleh pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) ini adalah merupakan tindakan proaktif bagi memastikan kawasan sukar askes mendapat liputan jalur lebar. - Gambar SMA

Bekas anggota 'Big Bang' Seungri dihukum penjara 1 tahun 6 bulan
Artis berusia 32 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Tentera.

Sheera Iskandar selamat bersalin anak sulung
Berita gembira itu dimaklumkan menerusi satu posting berserta foto di akaun Instagram Sheera.

Durian premium di Pulau Pinang pada harga mampu milik bulan depan
Pada masa ini hanya Pulau Pinang yang mempunyai lebih banyak bekalan buah itu di pasaran sejak awal bulan ini.

'Saya sendiri nak pergi tengok' - Bertindih tarikh konsert, Aishah rela beralah demi peminat
Tambah Aishah, tidak timbul isu sama ada peminat akan datang atau tidak jika konsertnya berlangsung pada tarikh yang sama dengan Anuar dan Ziana Zain.

Isu Palestin-Israel | Dunia perlu hukum Israel ekoran kekejamannya
Dunia seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap rejim zionis atas kekejaman dilakukan kepada penduduk Palestin.Demikian tegas Jurucakap Khas mengenai Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francessca Albenese.

Perniagaan Francais | KPDNHEP mohon peruntukan tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memohon tambahan peruntukan dari kerajaan bagi membangunkan perniagaan francais. Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ini bagi merancakkan lagi bidang itu yang memiliki potensi membantu perniagaan mikro.

Pendidikan | Tangani masalah keciciran murid
NGO Pendidikan Untuk Malaysia menerima 1,541 laporan murid cicir di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKP. Bagaimanapun NGO berkenaan hanya berupaya membantu 343 kanak-kanak sepanjang tempoh berkenaan.

1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bintang 'Goodfellas' Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur
Ray Liotta meninggal dunia dalam tidur ketika sedang menjalani penggambaran filem "Dangerous Waters" di Republik Dominican, pada Khamis.

Ballon d'Or: Mane sedih pemain Afrika kurang diiktiraf
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah mendominasi anugerah itu sejak 2008.

Akses Internet di Nanga Sumpa jadi kenyataan
Kini, pelajar dan penduduk di kawasan Lubok Antu itu dapat menikmati capaian jalur lebar dengan mudah dan pantas.

SMA umum pelan Saluran 200, solusi interim masalah capaian internet di Sarawak
Ini adalah sebagai penyelesaian kepada masalah capaian internet khasnya di kawasan tertumpu di luar bandar.