awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMART Sawah Skala Besar bantu kurangkan impak buruk banjir

Bernama
Bernama
22/09/2022
08:20 MYT
SMART Sawah Skala Besar bantu kurangkan impak buruk banjir
Ronald Kiandee melihat mesin padi ketika melawat pameran pada majlis perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di IADA Seberang Perak, Cawangan Ulu Dedap hari ini. - Bernama
PASIR SALAK: Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mampu meminimakan impak buruk sekiranya berlaku banjir berikutan musim tengkujuh.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata bencana tidak dapat dielakkan, namun meminimumkan kesannya boleh dilakukan melalui penyelarasan sistem pengurusan ladang secara berkelompok yang ternyata lebih efisien.
"Melalui program itu petani akan mengusahakan sawah secara berpasukan dan lebih sistematik dengan penglibatan pihak swasta atau peneraju supaya kesan bencana dapat dikurangkan berbanding jika mereka mengusahakan sawah secara individu.
"Pada masa sama program ini berpotensi meningkatkan hasil serta mutu padi keluaran tempatan, " katanya ketika ditemui selepas majlis Program SMART SBB di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dekat sini hari ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.
Ronald berkata kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan bagi membantu petani yang terkesan dengan bencana melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP).
"Kerajaan telah memperuntukkan RM23 juta khusus kepada sektor pertanian yang terkesan akibat bencana alam seluruh negara cumanya dana itu berbeza mengikut musim dan kesan yang dihadapi.
"Bantuan itu tidak hanya kepada pesawah, malah petani tanaman lain termasuk penternak untuk kurangkan beban yang dialami," katanya.
Menurutnya MAFI turut membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini melalui pemantauan berterusan di kawasan berisiko selain meningkatkan penyelenggaraan aset sedia ada.
"Kementerian sentiasa mengambil tindakan bagi mengurangkan impak terhadap tanaman dan ternakan menerusi jabatan dan agensi di bawah MAFI yang sentiasa siap siaga terutama dalam menghadapi banjir pada hujung tahun.
"Berdasarkan pengalaman lalu, tahun ini kami lebih bersedia dari segi bilik gerakan serta gerak kerja bagi mengurangkan impak dialami pengusaha sektor makanan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#smart sawah
#pertanian
#banjir
#Ronald Kiandee
#pengurusan ladang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan