awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sofyank rancang tubuh syarikat produksi akhir tahun ini

Bernama
Bernama
19/05/2023
21:15 MYT
Sofyank rancang tubuh syarikat produksi akhir tahun ini
Sofyank berkata penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan. - Foto Twitter/@sofyank96
KUALA LUMPUR: Pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah, 27, atau lebih dikenali sebagai Sofyank merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.
Sofyank yang terkenal dengan bakat mencipta kandungan digital VFX atau kesan visual berkata penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan.
"Saya mahukan sebuah pasukan yang ramai dan penuh dengan individu yang kreatif seperti pasukan Zach King, sehingga boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat," katanya kepada pemberita selepas program Luncheon Talk: VFX Designer Sofyank, di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini pada Jumaat.
Pemenang pertandingan 'Ultimate VFX Challenge - 'Magic of the Month' di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini itu turut melihat penubuhan syarikat berkenaan akan memberi ruang masa untuknya melanjutkan pelajaran pada masa akan datang.
"Ini kerana, buat masa ini, saya hanya bergerak sendiri terutama dalam membuat kerja-kerja suntingan. Jadi, apabila sudah ada syarikat produksi, saya fikir mungkin akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri," katanya.
Pada masa sama, anak kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan ini bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan karya video kreatif.
Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sofyank
#media sosial
#selebriti antarabangsa
#bakat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan