awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sogokan bulanan, Pengarah Bahagian kementerian bergelar 'Datuk' antara tiga direman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/01/2023
09:47 MYT
Sogokan bulanan, Pengarah Bahagian kementerian bergelar 'Datuk' antara tiga direman
Suspek dipercayai menerima suapan wang secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barangan mewah untuk kegunaan peribadi. - Foto SPRM
PUTRAJAYA: Tiga individu termasuk seorang Pengarah Bahagian sebuah kementerian bergelar Datuk ditahan reman kerana disyaki menerima sejumlah wang suapan secara bulanan daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek kementerian itu.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas pengarah bahagian itu sementara dua lagi suspek direman selama tiga hari, di Mahkamah Putrajaya, di sini.
Kesemua perintah reman itu berkuat kuasa Rabu.
Menurut sumber, selain Pengarah Bahagian itu, dua lagi individu yang ditahan merupakan seorang perunding projek dan seorang pengarah syarikat binaan.
"Kesemua suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan secara berasingan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya antara pukul 11 pagi dan 9 malam Selasa," katanya di sini, pada Rabu.
Menurut sumber itu lagi, wang rasuah tersebut merupakan bayaran daripada kontraktor-kontraktor yang dilantik kementerian terlibat sebagai balasan untuk mempercepatkan proses bayaran tuntutan, membantu meluluskan Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) dan Lanjutan Tempoh Masa (Extension of Time) projek.
Katanya, suspek juga dipercayai menerima suapan wang secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barangan mewah untuk kegunaan peribadi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua tiga suspek itu.
Beliau berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#sogokan bulanan
#Rasuah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#perintah reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan