Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal teguh di kawasan Rajang, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing.
Katanya ini kerana Najib memahami keperluan rakyat di kawasan itu dan khidmat beliau sangat dihargai mereka.
Bercakap pada sidang media selepas prapelancaran Jambatan Kanowit di sini hari ini, Masing berkata Najib, perdana menteri Malaysia keenam, telah membantu menghubungkan Kapit, sebuah pulau di dalam kepulauan Borneo, dengan kawasan lain.
Najib telah menjadikan harapan sebagai kenyataan dengan membenarkan sambungan dari Kanowit ke Kapit melalui pembinaan jalan Kanowit-Kapit.
"Jangan minta kami supaya tidak menghargai jasanya. Beliau adalah perdana menteri keenam dan membolehkan perkara ini menjadi kenyataan selepas 54 tahun (pembentukan Malaysia). Kami akan menyokong pemimpin yang faham dengan keperluan kami dan Najib memahaminya," katanya.
Masing menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya sokongan rakyat terhadap kerajaan dan Barisan Nasional dibalas dengan janji kosong.
Mengenai Jambatan Kanowit, iaitu sebahagian daripada projek pembinaan jalan Kanowit-Kapit, beliau berkata projek itu menjadi kenyataan kerana rakyat telah memilih wakil yang betul, yang sentiasa berusaha dan berhubung dengan pihak berkuasa.
Jambatan sepanjang 350 meter bernilai RM52 juta itu merupakan fasa pertama yang akan menghubungkan Kapit dengan dunia luar. Jambatan Katibas pula dijangka siap pada Julai ini manakala satu lagi laluan adalah Jalan Nanga Ngema-Nanga Temalat sepanjang 14 kilometer.
"Sebaik sahaja siap, kesemua laluan menghubungkan Kapit akan lengkap dan dari sini, anda boleh ke pekan itu dalam sejam setengah sahaja," katanya.
Kerja akhir untuk menyiapkan Jambatan Kanowit sedang dilaksanakan dan ia akan dibuka kepada orang ramai pada 27 Mei, beberapa hari sebelum sambutan Gawai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2017
MASING: Kami akan menyokong pemimpin yang faham dengan keperluan kami dan Najib memahaminya.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
COVID-19 tidak halang Sarawak adakan pilihan raya negeri
Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.
RMK11: Terus bangunkan kemudahan asas di luar bandar Sarawak - James Masing
Kerajaan Persekutuan yang dikemudi Pakatan Harapan diingatkan supaya tidak mengabaikan kemudahan asas dan rakyat Sarawak menerusi pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11, esok.
Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
Tiada sambutan 31 Ogos di Sarawak? 'Umpama menidakkan hari jadi suami, isteri' - Jeniri
'Kontroversi 31 Ogos: umpama menidakkan hari jadi isteri atau suami sendiri dalam sebuah perkahwinan.' Itu respon penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berhubung kenyataan Tan Sri James Jemut Masing.
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.
Timbalan Presiden, Naib Presiden PRS dipecat daripada parti
Datuk Joseph Entulu Belaun dan Datuk William Nyalau Badak antara lima ahli Parti Rakyat Sarawak yang dipecat pada Ahad malam.
Sokongan terhadap PM Najib kekal utuh di Rajang - Masing
Sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal teguh di kawasan Rajang, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Masing.
Parti komponen BN zahir sokongan kepada Najib
Parti-parti komponen Barisan Nasional hari ini menzahirkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.