awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti komponen BN zahir sokongan kepada Najib

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2015
09:31 MYT
Parti komponen BN zahir sokongan kepada Najib
MASING: Kami memberitahu Perdana Menteri tentang keyakinan penuh kami terhadapnya
Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menzahirkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sokongan itu dinyatakan di sebuah pertemuan tertutup antara pemimpin parti-parti komponen BN dengan Najib, yang juga pengerusi BN.
Menurut Bernama, pertemuan tersebut berlangsung hampir dua jam sejak 10 pagi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, yang turut menempatkan pejabat perdana menteri.
Pertemuan itu disahkan Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing kepada pemberita, ketika ditemui di luar perkarangan Bangunan Perdana Putra.
"Kami memberitahu beliau (Najib) tentang keyakinan penuh kami terhadapnya," kata Masing seperti yang dipetik dalam laporan itu.
Tambah Masing, Najib telah menasihatkan semua parti komponen untuk meningkat sokongan dari akar umbi selain mengambil langkah sewajarnya bagi mengukuhkan parti itu.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut hadir dalam pertemuan itu.
Pertemuan itu selesai kira-kira 11.40 pagi, selepas kereta pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat mula meninggalkan perkarangan Perdana Putra pada jam itu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#James Masing
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan