NATIONAL
Solar: Kuota NEM Rakyat ditambah MW, permohonan dibuka hingga 30 Jun

Kuota tambahan itu dibuka kepada semua pengguna domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sehingga 30 Jun ini atau sehingga kesemua kuota diagihkan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan menambah kuota Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) bagi kategori domestik atau NEM Rakyat sebanyak 100 megawatt (MW), menjadikan jumlah keseluruhan kuota sejak 2011 kini mencecah 600 MW.
Ringkasan AI
- Kerajaan menambah kuota Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM Rakyat) sebanyak 100 megawatt (MW), menjadikan jumlah keseluruhan kuota sejak 2011 kini 600 MW, susulan sambutan menggalakkan daripada pengguna.
- Kuota tambahan ini dibuka kepada semua pengguna domestik TNB sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga habis diagihkan, bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di bumbung kediaman.
- PETRA dan Suruhanjaya Tenaga sedang meneliti kaedah baharu pelaksanaan sistem solar bumbung untuk memastikan inisiatif tenaga boleh baharu lebih adil dan inklusif, dengan sasaran 70% kapasiti TBB dalam bekalan elektrik menjelang 2050.
PETRA memaklumkan langkah itu membolehkan lebih ramai pengguna memanfaatkan ruang bumbung kediaman bagi pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV).
Maklumat garis panduan terkini NEM Rakyat boleh dirujuk menerusi laman web Suruhanjaya Tenaga (ST) di www.st.gov.my, manakala permohonan boleh dibuat melalui laman web SEDA Malaysia di www.seda.gov.my.
Dalam pada itu, PETRA dan ST kini sedang meneliti kaedah baharu pelaksanaan sistem solar bumbung bagi memastikan inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) lebih adil, inklusif dan bermanfaat kepada semua pengguna.
"Sebagai agensi peneraju peralihan tenaga negara, PETRA komited menambah baik pelaksanaan sistem solar bumbung secara menyeluruh, sejajar aspirasi negara ke arah kelestarian tenaga," katanya.
PETRA turut menegaskan sasaran mencapai 70 peratus kapasiti TBB dalam bekalan elektrik menjelang 2050 adalah tonggak pembangunan mampan negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami