KUALA LUMPUR: Songket yang digelar 'Ratu Kain' dalam tenunan Melayu sekali lagi berjaya melakar sejarah, apabila disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada sesi ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sesi tersebut berlangsung pada 13 hingga 18 Dis ini secara dalam talian dari Ibu Pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis.
"Keputusan tersebut diumumkan hari ini pada 5.55 petang (waktu Malaysia) dan diputuskan oleh jawatankuasa itu yang dianggotai 24 Negara Anggota 2003 Konvensyen untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara, dipengerusikan Sri Lanka.
"MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara telah mencalonkan songket di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO. Dokumen pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara ini telah dikemukakan kepada pihak sekretariat UNESCO pada 31 Mac tahun lalu," menurut kenyataan itu.
Penyenaraian di bawah Senarai Wakil UNESCO merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia untuk warisan kebudayaan tidak ketara, yang dapat mempromosi dan mengetengahkan warisan di peringkat dunia.
Selain itu ia memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.
"Ia secara tidak langsung akan mengangkat visibiliti Malaysia di mata dunia, sebagai antara negara yang mempunyai pelbagai khazanah warisan kebudayaan tidak ketara yang boleh menjadi tarikan pelancong serta memberi peluang ekonomi kepada negara melalui industri berkaitan," menurut kenyataan itu.
Pengiktirafan itu juga menjadikan jumlah warisan kebudayaan tidak ketara Malaysia yang tersenarai di bawah Senarai Wakil telah bertambah kepada enam selain Mak Yong, Dondang Sayang, Silat, Upacara Wangkang dan Pantun.
Tambahnya, pengiktirafan itu juga bakal meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan melindungi kelestarian seni dan warisan pelbagai etnik dan kaum, termasuk pengamal seni di negara ini.
Ia juga memberikan galakan serta motivasi kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam seni tenunan Songket, sejajar permintaan dan nilai pasaran yang tinggi selain terus didorong membawa inovasi baharu terhadap reka bentuk dan motif tenunan warisan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021

Songket disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada sesi ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara. - Gambar fail

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kemasukan songket luar malapkan industri tenunan Terengganu
Sukar buat pengusaha untuk menandingi harga songket dari luar ini yang menggunakan mesin serta bahan kurang berkualiti.

Raja Permaisuri tinjau proses tenunan Songket Sarawak di Penjara Puncak Borneo
Dalam lawatan rasmi hari kedua ke Sarawak itu baginda juga dipersembahkan dengan pelbagai karya seni sulaman songket dan selendang Sarawak yang dihasilkan oleh warga penjara.

Kain benang Johor, corak Muar berbunga renek identiti negeri
Pada asalnya, tenunan corak Muar merupakan identiti Johor sebelum ia melalui proses kajian penjenamaan semula.

Songket diiktiraf sebagai senarai wakil UNESCO
Songket disenaraikan di bawah Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada sesi ke-16 Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara.

Songket Rajang cecah RM12,000, kini hanya tujuh 'srikandi' pertahan warisan
Keunikan itu menjadikan songket ini ada yang mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan, bergantung kepada motifnya.

Bajet 2022: Tengku Zafrul gayakan Songket Sarawak, beg sampul karya masyarakat Dusun Minokok
Busana baju Melayu yang digayakan oleh Tengku Zafrul hari ini dilengkapkan dengan padanan aksesori yang cukup bermakna.

Bengkel tenun songket baharu buat penghuni Penjara Puncak Borneo
Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia meneruskan usahasama melatih penghuni penjara menenun songket menerusi projek Warisan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE).

Songket tenun asli dicuri, peniaga rugi sekitar RM1.5 juta
Kegiatan pencuri warga asing itu terbongkar setelah pemilik kedai songket berkenaan menahan suspek yang sedang membawa guni.

Sarawak sambut baik pencalonan songket keringkam bagi pengiktirafan UNESCO
Pencalonan itu adalah inisiatif Jabatan Warisan Negara dan dibantu oleh Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Malaysia, Kuching.

Ramli angkat sumpah, Ahli Parlimen Orang Asli pertama
Mohamad Ariff dalam ucapan mengalukan kehadiran Ramli menyifatkan kemenangan beliau satu sejarah buat Dewan Rakyat.