awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurulatih Senegal tinggalkan sidang media selepas diejek wartawan
Lembaga Keamanan Gaza di bawah AS tawar keahlian tetap dengan bayaran AS$1 bilion
Angka korban nahas tren berkelajuan tinggi tergelincir di Sepanyol meningkat kepada 21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Songket tenun asli dicuri, peniaga rugi sekitar RM1.5 juta

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2019
12:53 MYT
Songket tenun asli dicuri, peniaga rugi sekitar RM1.5 juta
Penjual songket ini menanggung rugi akibat kejadian pecah masuk. - Astro AWANI
Seorang peniaga songket mendakwa kerugian kira-kira RM1.5 juta selepas pelbagai jenis songket asli Terengganu hasil tenunan tangan dilarikan pencuri.
Kejadian berlaku di Pasar Besar Kedai Payang selepas stor simpanan stok di Bazar Warisan dipecah masuk.
Penyelia kedai songket, Siti Rabiatul Tajulnisa Muhd Tajuddin berkata kegiatan pencuri warga asing itu terbongkar setelah pemilik kedai songket berkenaan menahan suspek yang sedang membawa guni.
Katanya, di dalam dua guni tersebut dipercayai mengandungi kain songket yang di curinya kira-kira jam 8.30 malam Rabu.
“Pekerjaan ni dia buat sejak tiga minggu. Semalam (Rabu) dia hantar (duit) ke Myanmar. Ada slip dengan nombor akaun dia, ada lima atau enam slip bernilai RM4,000 lebih, RM6,000 lebih dan RM8,000 lebih. Itu (hasil daripada songket) yang dia jual. Yang dia ambil semalam, baru nak jual dua guni songket,” ujar Siti Rabiatul.
Antara barang yang hilang adalah lebih 500 helai songket asli berharga RM1,800 sehelai dengan nilaian keseluruhan hampir RM1 juta, ratusan kain pelikat bernilai RM72,000 dan pelbagai jenis barang cenderahati.
Menurutnya lagi, kedainya di Bazar Warisan ditutup sejak enam bulan lalu selepas bangunan itu dibaik pulih bermula 28 Oktober tahun lepas .
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian .
Jelasnya, kumpulan berkenaan dipercayai melakukan aktiviti berkenaan sejak tiga minggu lalu sebelum seorang daripadanya berjaya ditahan selepas memecah masuk premis berkenaan pada Rabu.
Usaha mengesan rakan sejenayah suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah kedai.
Topic Berkaitan
#bazar warisan
#kedai payang
#pasar besar
#peniaga songket
#songket dicuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan