Syarikat itu mengesahkan dengan Techcrunch, keputusan itu dibuat untuk membina strategi pelaburan jangka panjang yang kukuh seiring dengan matlamat mereka untuk menetapkan perkhidmatan lebih baik.
Selain itu, penambahbaikan berterusan aplikasi dan kepuasan pelanggan kekal menjadi keutamaan. Malahan mereka berjanji untuk melakukan sesuatu yang lebih baik.
Sonos dalam masa sama turut yakin bahawa tindakan pembuangan pekerja itu tidak akan menjejaskan keupayaan mereka dalam menunaikan janji tersebut.
Kesemua pekerja yang diberhentikan juga akan diberi sokongan yang diperlukan tetapi pencerahan terperinci mengenainya tidak pula diberi.
Tidak ketinggalan juga, Sonos sedang dalam proses menutup beberapa pusat sokongan pelanggan tarmasuk salah satu di Amsterdam menjelang hujung tahun 2024.
Berkongsi perkembangan terkini berhubung isu berterusan dengan aplikasi mudah alih, Sonos telah mengenal pasti pepijat utama yang membawa pada permasalahan yang terjadi.
Seterusnya kini dalam proses membetulkan dan menambah baik untuk memastikan pengalaman penggunaan terbaik.
Imbas kembali aplikasi baharu Sonos mengalami masalah sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna.
Rentetan daripada itu, Sonos telah meminta maaf terhadap kesulitan yang timbul susulan kegagalan aplikasi itu berfungsi dengan baik. -Amanz