Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah memuktamadkan dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri Pahang.
Perkara itu dimaklumkan Menterinya Dr Xavier Jayakumar selepas mengadakan perjumpaan khas dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.
Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Xavier berkata, dokumen itu merangkumi empat aspek yang dipersetujui kedua-dua pihak.
"Pertama, memastikan pelaksanaan aktiviti perlombongan secara mampan. Kedua, menguruskan dengan teratur permohonan berhubung aktiviti perlombongan dan pengeksportan.
"Ketiga, menjalankan penguatkuasaan ke atas ketidakpatuhan SOP mengikut bidang kuasa masing-masing. Dan keempat, melaksanakan pemantauan bersama," katanya.
Menurut Xavier, dokumen SOP itu telah diteliti Jawatankuasa Eksekutif Penilaian yang terdiri dari pakar akademik, wakil pemain industri serta badan bukan kerajaan (NGO), secara bebas dan holistik, sebelum dimuktamadkan.
Malah, katanya, untuk memberi kefahaman kepada orang ramai, draf dokumen terbabit akan dimuatnaik ke laman sesawang kementerian dalam masa terdekat.
Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan, pihaknya komited berhubung pelaksanaan perkara itu.
"Kerajaan negeri Pahang komited dalam memastikan SOP ini dikuatkuasakan. Ada sedikit permintaan dari pihak kami dan ia dipersetujui oleh kementerian," katanya.
Terdahulu, Xavier menyempurnakan majlis pertukaran dokumen bersama Wan Rosdy dengan disaksikan pengurusan tertinggi kementerian dan kerajaan negeri Pahang.
Fareez Azman
Thu Sep 05 2019

Xavier bertukar dokumen dengan Wan Rosdy di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini hari ini. Astro AWANI

Tumpuan AWANI 7:45 - Kadar pengangguran naik 4.9% | Program Imunisasi COVID

Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih
Vaksinasi itu bertujuan untuk meminimakan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura.

PRU15 | Kerjasama dengan UMNO? Ini reaksi Anwar Ibrahim
Pakatan Harapan (PH) telah memulakan proses rundingan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15. Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata proses rundingan itu bukan sahaja melibatkan parti komponen PH malah parti-parti 'sahabat' yang mempunyai asas perjuangan yang sama.

Sultan Selangor berkenan ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Raja Muda
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Kenaikan Pangkat Leftenan kepada Kapten untuk Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Istana Alam Shah, Klang.
![[TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri [TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894249/17218730531615193393752_640x360.jpg)
[TERKINI] Ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung ucapan mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz oleh Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin #AWANIterkini #HapusCOVID19

Jenayah | Cubaan seludup 14,880 ekstasi ke Indonesia gagal
Cubaan menyeludup dadah 14,880 biji pil ekstasi ke Indonesia digagalkan polis dalam sekatan jalan raya di kilometer 30 Jalan Serian. Dalam Ops Benteng di Tebedu 5 Mac lepas, seorang lelaki berusia 35 tahun dan wanita 38 tahun ditahan bersama lebih 14 ribu biji pil ekstasi bernilai RM260 ribu.

Kronologi kes rasuah Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Kronologi siasatan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 masih rendah di Pulau Pinang
Kerajaan Pulau Pinang sasar 1.3 juta rakyat akan daftar, tetapi setakat ini hanya 113,672 individu yang berbuat demikian.

Jenayah | Buruh didakwa rogol remaja 13 tahun
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana merogol remaja perempuan 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian 15 Februari lalu

PRU15: PH mula agihan kerusi termasuk bersama 'parti sahabat' - Anwar
Proses rundingan itu bukan sahaja melibatkan parti komponen PH malah parti-parti 'sahabat' yang mempunyai asas perjuangan yang sama.

SOP baharu aktiviti perlombongan bauksit berkuatkuasa hari ini
Dokumen SOP itu diteliti Jawatankuasa Eksekutif Penilaian yang terdiri dari pakar akademik, wakil pemain industri serta badan bukan kerajaan (NGO), secara bebas dan holistik, sebelum dimuktamadkan.