KUALA LUMPUR: Arab Saudi buat tahun kedua berturut-turut tidak membuka ibadah haji kepada jemaah antarabangsa kerana pandemik COVID-19 yang belum reda.
Tahun ini, hanya 60,000 penduduk di negara itu termasuk rakyat dari 149 negara yang sudah menetap lama diizinkan melakukan ibadah haji.
Salah seorang daripada mereka adalah rakyat Malaysia, Yusram Yusup yang berkongsikan pengalamannya dengan Astro AWANI.
Menurut Pesuruhjaya Perdagangan di Arab Saudi itu, ibadah haji pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya ketika dunia bebas COVID-19.
Jelasnya, dulu jutaan jemaah berada di Masjidil Haram namun tahun ini, hanya 60,000 orang dibenarkan dan semuanya perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Daripada tempat pertemuan di luar kota Mekah, menuju ke Masjidil Haram, terdapat tiga kawalan pihak polis yang memeriksa semua jemaah untuk memastikan hanya jemaah yang mempunyai permit sah dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram.
“Itu mengambil tempoh yang lama kerana pergerakan menjadi lambat kerana polis periksa satu-persatu setiap jemaah. Setiap bas pula hanya boleh bawa sekitar 20 orang.
“Seterusnya memasuki Masjidil Haram untuk tawaf qudum, juga ada SOP ketat di mana perlu sentiasa ada penjarakan fizikal dan kami juga sentiasa diawasi penguat kuasa,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, perbezaan juga membabitkan kos kerana tiga pakej disediakan bermula daripada RM15,000 hingga RM20,000.
“Dari segi kos, ada tiga jenis pakej dari RM15,000 untuk pakej paling murah, diikuti RM17,000 dan RM20,000 untuk pakej lebih mahal.
“Jadi terpulang kepada masing-masing dari segi bajet tapi pakej ini juga menawarkan kemudahan yang berbeza,” ujarnya.
Jelasnya, perbezaan itu termasuklah melibatkan tempat tinggal dan menu makanan.
Ridauddin Daud
Sun Jul 18 2021
Tahun ini, hanya 60,000 penduduk di Saudi termasuk rakyat dari 149 negara yang sudah menetap lama di negara itu diizinkan melakukan ibadah haji. - Gambar fail/ AP
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.