PUTRAJAYA:Menteri Kanan Partahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai sambutan perayaan Deepavali pada 14 November ini akan dimuktamadkan dan diumum, minggu ini.
Ismail Sabri, berkata draf pertama SOP perayaan Deepavali itu sudah dibentangkan Kementerian Perpaduan Negara, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa penambahbaikan terhadap SOP menerusi draf pertama itu sedang diperhalusi dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Saya percaya dalam sehari dua ini dapat umumkan SOP sambutan Deepavali, ramai yang nak balik kampung, sekarang ada PKPB, ada PKPD dan PKPP di kawasan lain, Kalau dulu SOP sama sahaja sebab seluruh negara semua PKP.
"Jadi kita perlu lihat lebih detail lagi. Minggu ini kita akan umumkan SOP perayaan Deepavali.
"Saya tahu dan sedar ramai yang tertunggu-tunggu kerana perayaan itu pun sudah makin dekat," katanya pada sidang media harian PKP Pemulihan (PKPP) pada Isnin.
Mengulas lanjut beliau berkata penentuan sesuatu lokaliti untuk diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah selepas mendengar penilaian risiko, analisis dan kemungkinan jangkitan yang dikemukakan Kementerian Kesihatan (KKM),
Ismail Sabri berkata Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bergantung kepada penilaian KKM dalam menentukan sama ada lokaliti tertentu perlu diisytiharkan PKPB atau perlu dilanjutkan.
"KKM yang membuat analisis berdasarkan kawasan dan penilaian risiko mengenai kawasan berkaitan, jika sesuatu lokaliti itu mempunyai potensi tinggi dari zon kuning ke merah, maka KKM boleh menasihatkan sidang khas MKN untuk menentukan kawasan itu akan diisytiharkan PKPB atau tidak.
"Semua penilaian bagi lokaliti tertentu dan sama ada untuk memutuskan kawasan itu perlu 'lockdown' sepenuhnya di bawah PKPD ia di bawah penilaian KKM," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan bagaimana MKN mengenal pasti sesuatu kawasan dikenal pasti PKPB dan adakah Kuala Lumpur dan Selangor perlu diteruskan PKPB memandangkan kes positif semakin menurun berbanding Selangor yang menunjukkan sebaliknya.
Irwan Muhammad Zain
Mon Nov 02 2020

Beberapa penambahbaikan terhadap SOP menerusi draf pertama itu sedang diperhalusi dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN). - Gambar hiasan/Astro AWANI

Hubungan Serantau | Legasi Asia-AS akan lebih dinamik
Amerika Syarikat mengulangi pendiriannya bahawa ekonomi negara rantau Asia memainkan peranan yang amat penting buat negara Uncle Sam itu. Dengan matlamat yang dibawa oleh Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, hal-hal melibatkan hubungan dagang, pelaburan akan terus diperhalusi demi kemakmuran sejagat.

'Saya berjanji akan jadi presiden untuk semua rakyat Amerika' - Joe Biden
Namun, perkara itu bukan sindiran kepada Trump, sebaliknya bagi menghormati lafaz sumpah yang dibuat oleh Presiden AS sebelum ini.

Presiden AS | Joe Biden Presiden Amerika Syarikat ke-46
Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 di Capitol Hill, Washington DC. Upacara mengangkat sumpah jawatan itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

"Sedia berkhidmat" - kenyataan pertama Kamala Harris di Twitter sebagai Naib Presiden AS
Naib Presiden AS, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP sebaik selesai mengangkat sumpah.

Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.

Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden AS
Harris, 56, diisytiharkan sebagai Naib Presiden AS yang baharu bergandingan dengan Presiden As Ke-46, Joe Biden.
![[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46 [TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30236132991611159914047/1886501_31570730741611160548300_640x360.jpg)
[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46
Ikuti Nailah Huda untuk perkembangan terkini menjelang angkat sumpah Presiden AS.

Angkat sumpah Biden | Kamala Harris wajar dijadikan 'role model'
Lantikan Kamala harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat merupakan satu sejarah yang besar buat negara maju itu. Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, harris yang merupakan wanita pertama di amerika menyandang jawatan itu, perlu dilihat secara positif selain dijadikan contoh buat negara lain.

Angkat sumpah Harris | Orang kampung Harris kongsi keterujaan
Sebuah desa kecil di India yang dikelilingi oleh sawah-padi berkongsi keterujaan menjelang beberapa jam sebelum Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat baharu. Keterujaan mereka itu kerana, kampung mereka adalah kampung halaman datuk Kamala.

Presiden AS | Trump tinggalkan White House
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan White House, beberapa jam sebelum Joe Biden mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46. Trump yang turut ditemani isteri meninggalkan kediaman yang diduduki mereka sejak empat tahun lalu dengan menaik Marine One menuju ke lapangan terbang.

Ponggal dan kelaziman baharu, tradisi tetap dikekalkan
Thai Ponggal' lazimnya akan diraikan bersama anggota keluarga dengan berkumpul untuk "menyaksikan" susu yang dimasak di dalam belanga melimpah dan limpahan itu simbolik kepada kebaikan dan kekayaan.

KPDNHEP rekod 57 kes sepanjang Deepavali
KPDNHEP telah mengambil 57 tindakan undang-undang terhadap peniaga yang melakukan kesalahan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020.

Kanak-kanak lelaki maut tertikam semasa sibuk buat persiapan Deepavali
Kejadian berlaku semasa J.Adithiyan, 7, dipercayai berlari ke arah sepupunya yang berusia 11 tahun, yang sedang membawa pisau.

Video tular: Penganut Hindu sambut Deepavali di Batu Caves? Ini cerita sebenar
Acara tersebut berlangsung pada September lalu iaitu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Deepavali lebih bermakna bersama 'ayah' dan 'ibu' baharu
Berkongsi kasih biarpun tiada pertalian darah, tidak membataskan hubungan buat pasangan India L. Linda Kasturi dan suaminya R. Karthik bersama 'ayah' dan 'ibu' baharu yang berlainan bangsa dan agama.

Sepasang kekasih ditahan kerana curi, jual kambing
Pasangan kekasih tersebut dipercayai menjalankan kegiatan tersebut untuk mencari wang bagi menyambut perayaan Deepavali.

Al-Sultan Abdullah, Permaisuri Agong ucap Selamat Menyambut Deepavali
Kedua-dua Seri Paduka Baginda menyampaikan ucapan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

Deepavali: Terus berhubung dengan yang tersayang secara 'online' - Tun M
Dr Mahathir tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Anwar seru penganut agama Hindu kekal tabah, tingkat kewaspadaan
Anwar Ibrahim menggesa semua penganut agama Hindu yang bakal meraikan sambutan Deepavali pada Sabtu agar kekal tabah dan kuat.

COVID-19: Sambut Deepavali dengan meriah, ikut SOP - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap dalam mematuhi SOP ditetapkan, penganut Hindu di negara ini tetap merayakan Deepavali yang akan disambut esok dengan meriah..