awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan

Fareez Azman
Fareez Azman
04/02/2021
10:51 MYT
Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera cina tidak dibenarkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan membenarkan aktiviti majlis 'makan besar' bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari depan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera Cina tidak dibenarkan.
"Kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina pada 11 dan 12 Februari ini. Setelah meneliti kesemua aspek serta mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sambutan perayaan hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja. Bagi aktiviti majlis 'makan besar' bersama keluarga juga hanya dibenarkan di rumah kediaman bersama ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.
"Manakala upacara sembahyang di tokong adalah tidak dibenarkan kecuali hanya lima orang ahli jawatankuasa tokong sahaja yang dibenarkan." katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Jelasnya, semua penganut dan masyarakat Cina digalakkan melakukan upacara sembahyang di rumah masing-masing. Manakala aktiviti ziarah rumah ke rumah serta rentas daerah dan negeri bagi merayakan Tahun Baru Cina jelas Ismail juga tidak dibenarkan.
Bagaimanapun bagi prosedur operasi standard bagi Negeri Sarawak yang berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula kata Ismail, akan diumumkan oleh kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#PKP
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#perintah kawalan pergerakan
#Tahun Baru Cina
#kesihatan
#kerajaan
#COVID-19
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan